Wednesday, March 31, 2010

Hitched.

Legally I am... :-)



married... Time to make babies people...

Thursday, March 25, 2010

terima kasih




tidak terkata dengan kata-kata.....

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah hadir kemajlis persandingan suhaimi & nur azah di merlimau melaka pada 20 / 03 / 2010... kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah bermakna dalam memeriahkan lagi majlis persandingan ini.

bagi rakan-rakan yang sudi meluangkan masa dan ringgit malaysia (tak bleh claim ar) untuk datang dari kl, jb walau dari mana sekalipun semata-mata untuk menghadiri majlis ini, saya dan isteri berasa amat terharu (takkan ku tahan air mataku ini *dengan nada mawi dan jamal abdillah*). budi baik tuan-tuan dan puan-puan terkenang-kenang hingga hujung nyawa (lakonan erra fazira dan yusri kru)

bagi yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu... inagatan tuan-tuan dan puan-puan keatas hari bersejarah kami sudah cukup bermakna dan amatlah kami syukuri...

sekali lagi... saya dan isteri ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada kudin (pencipta kad kahwin dan slide show), edy (tenaga kerja), apek (pengedar kad), ajak n maliah (cameraman) dan semua rakan yang menyumbang secara langsung dan tak langsung dari segi moral, logistik, idea dan sebagainya....

terima kasih (nyanyian awie)

Saturday, March 20, 2010

Kawan-Kawan Yang Kita Suka (KKYKS)

Selambak tahniah kepada Sam dan Azah yang baru saja melangsungkan Majlis Perkahwinan yang meriah pada petang tadi, dan terima kasih juga kepada beliau kerana sudi meluangkan masa melepak dan belanja di port Ikan Bakar yang terbaik di Serkam.

Pihak pengantin juga merasa terharu dengan kehadiran sahabat-sahabat yang dari KL dan JB iaitu Shiz, Aan, Azea, Maliah, Razak, Eddy Tiger dan rakan, Kudin, Jas, Crystal, Airene, Putri, Ikeen, Fairuzan, Nazib, Man, Mansor sekeluarga, Apek dan Apek Jr. yang sama-sama hadir memeriahkan hari besar beliau.











Semoga KKYKS kekal sebegitu adanya.

Thursday, March 18, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan

Sam & Azah
20 Mac 2010 - Merlimau, Melaka.






Datang jangan tak datang, orang dah jemput! Datang la awal sikit, bole lepak2 beb, pastu pekena asam pedas..

Wednesday, March 17, 2010

alahai abang khai

kudinnnnnnnnnnnnn mana dia card jemputan yang kau kata nak post kat blog ni...berjenggot aku tunggu....ehh salah bukan aku sorang..ramai lagi yg menunggu ni...ke ko nak suruh aku bakar bangi tu? hahahaha

Tuesday, March 9, 2010

Helmee Panjang baru call wa tadi, dengar-dengar macam nak jemput datang kahwin dia.. suara tenggelam dia seperti biasa la.

Wednesday, February 24, 2010

Weh dah lama tak lepak Anggun!

Esok malam wa balik JB.. nak buat camana, Dato' Noh Gadot dah petik nama wa suruh turun lead perarakan, pastu wa cakap takdehal.

wa memang jenis takdehal, tapi takdehal-takdehal pun wa ingat kalau dia suruh wa baca-baca, wa ingat agak goyang la.


p.s: jib, nanti sabtu ke ahad ke kita pegi jalan-jalan kat pusat membeli-belah eh, bawakla ando sorang dua.

p.s.s: man, lu setting dengan lemau ke apek ke tengok kalau boleh pekena karo sampai lebam.

Thursday, February 18, 2010

kecundang jugak..

CNY punye pasal.. from kulim 4.30pm smpi kl kul 11pm.. biasa la kan.. jem.. xleh nak buat pe.. smpi umah kene kemas umah laks coz kucing2ku telah membuat onar.. body & drh begelimpangan disana sini.. antaranye burung seekor (tersngkut kat tingkap bathroom), tikus sekor, cicak 3 ekor, mengkarung sekor... tup2 kul 1 baru leh tido.. kul 3 gagahkan diri bangun.. nak tgk bola konon2.. gupenye start kul 3.40am.. celaka.. tertipu.. (lain kali tgk guide dlu naa.. pdn muke aku..) bile bola dah start.. 3 minit pertama suke ar.. coz leading.. last2.. kecundang gaks.. tapi xpe.. jumpe lagi nanti di old traford.. (tul ke eja.. pedulik ar..) tapi kalau korang tgk.. gol ke dua milan score by seedorf mcm yg selalu aku buat kat futsal kan.. hahaha.. so, sape tiru sape nie.. hauhuauaa...



Friday, February 12, 2010

Graduation Day



the above video is for cheesy reuniting moments.



whilst this video is for rocking get-together sessions!

Tuesday, January 19, 2010

NGALAT

Minggu lepas aku dapat panggilan dari umi yang tok bit aku ataupun tok wan.Bit tu singkatan dari ABIT..Dimasukkan ke icu sebab terjatuh semasa bangun dari katil.aku pun terus mohon cuti selama 10hari.umi aku cakap yg tok bit aku ada 50-50 untuk hidup,sebab ada pndarahan dlm otak.aku berharap dapat berjumpa dengan tok bit..bila sampai di hospital alor setar,tok bit masih koma..Tok bit sekarang hanya bergantung pada alat bantuan hayat saja.Doktor telah panggil semua adik beradik umi.dan minta berbincang adakah mahu membuka alat bantuan tu..mulanya umi aku x setuju dengan cadangan tu,tapi dipujuk umi aku setuju dengan tindakan tu..sebelum tu aku dan abang masuk wad icu tu,bila tengok memang sedih sangat tambah pula abang aku ni dijaga oleh tok bit masa kecil dulu..Pada esok pagi bila doktor buka alat bantuan tu,keputusan memang terkejut.Tok bit dapat bernafas dengan elok..Aku betul bersyukur pada ILAHI sebab memanjangkan lagi hayat tok bit..Doktor kata ini memang luar biasa.2ari kemudian tok bit dipindahkan ke wad biasa.aku dan abang aku akan menjaga tok bit dari pkul 7mlm hingga 8pagi.selama 3mlm aku dan abang menjaga.melihat keadaan tok bit bertambah elok aku pun pulang ke kl pada ahad..Melihat keadaan tok bit memang aku jangka akan elok..Tapi pada 18hb012010 pukul 11pagi abang aku telefon dan beritahu yang tok bit telah meninggal dunia..Aku terus terbayang muka tok bit,berlinang air mata.Aku ambil cuti lagi dan barharap dapat melihat muka tok bit kali yg terakhir,tapi aku gagal juga..Tok bit dikebumi pada pukul 9mlm.Masa perjalanan ke arau perlis memang aku bawa kereta over limit harap dapat menatap muka tok bit..Memang aku ngalat betul.Pagi tadi aku kekubur tok bit,xdapat menahan air mata ini..Aku menangis sebab x dapat nak turunkan tok bit untuk keliang lahad.Umi aku datang untuk menenangkan aku..Dan aku terus beredar dan berkata"ATAN PI DULU YE TOK BIT,TOK BIT DOK LA DGN TENANG KAT SINI..NANTI ADA MASA KITA JUMPA LAGI" SEMOGA TOK BIT AKAN DITEMPATKAN ORANG2 YANG BERIMAN