Friday, April 16, 2010

Al-Fatihah



Al-Fatihah kepada Syed Abdul Mutalib yang kembali ke Rahmatullah pada 15 april 2010 jam 5.00pm di Hospital Sultanah Aminah, JB akibat tibi. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman & beramal soleh..

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, April 14, 2010

Undangan Perkahwinan



Dengan ini kami sangat berbesar hati ingin menjemput kalian & keluarga
 ke majlis perkahwinan kami pada 01.05.10.


Kepada yang masih belum menerima kad jemputan, kami akan cuba sedaya upaya untuk menghantar kad2 tersebut secepat mungkin. Maaf jika tak sempat berjumpa.
*kudin, cmno nk pas kad korang nie? yang geng pompuan smue dh settle. tgl geng lelaki jek*

Semoga kehadiran semua menceriakan lagi hari kami nanti.

Sekian Terima Kasih :)

p/s : kepada yang tak dapat hadir kerana dh beli tiket konsert DOUBLE TROUBLE, kami paham sebab kami pun pegi jugak tapi xdapat pegi!!! Kenape la dorg buat konsert time tuh? hehehe..


xoxo,
Cik Lie & Cik Moks
(016-3155117)

Friday, April 2, 2010

Softball friendly match

Kawan2... junior masa dok hostel ssi dulu mengcall aku tadi ajak join softball friendly match between UPM dengan Ex-SSI Softball Team....Hrmmm match suka2...aku pon dah tak ingat sangat rules dia mcm mana...So, kawan2 yg rasa ada kat kl and quite free pagi tu..jom datang sorak....and the details are as follows;

Time & Date: 8am / 8.30am (April, 4 2010 - Sunday)

Venue: Padang UPM


Pengumuman-pengumuman!




Konser Cari Jodoh Sabtu ni weh!

"Tinjauan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus atau lebih dikenali sebagai Stadium Larkin mendapati kerja-kerja pemasangan untuk pentas konsert sudah hampir 95 peratus siap dan akan lengkap sepenuhnya menjelang Jumaat. Ini kerana sesi latihan oleh Wali Band akan dijalankan pada Jumaat malam di lokasi yang sama.

Sistem pencahayaan juga bunyi untuk konsert Cari Jodoh…Wali Band, ini adalah antara yang terbaik untuk sebuah konsert yang dianjurkan di selatan tanahair,” jelas Azman Muin, koordinator acara dan teknikal bagi konsert berkenaan"



1. Maliah, apa-apa hal ko standby satu dua tiket free untuk Nazib.

2. Wa dengar JAIJ ada bukak booth register kursus kawin depan maskot harimau.

3. Lagi satu, Maliah stanby jugak tiket free untuk Shiz takut dia mencanak nak pergi kang.

4. Panjang dengan Homaidi dah standby kemeja petak-petak dengan lilit kepala siap-siap.

5. Dilla mana Dilla?




Roger and out!

Wednesday, March 31, 2010

Hitched.

Legally I am... :-)



married... Time to make babies people...

Thursday, March 25, 2010

terima kasih




tidak terkata dengan kata-kata.....

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah hadir kemajlis persandingan suhaimi & nur azah di merlimau melaka pada 20 / 03 / 2010... kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah bermakna dalam memeriahkan lagi majlis persandingan ini.

bagi rakan-rakan yang sudi meluangkan masa dan ringgit malaysia (tak bleh claim ar) untuk datang dari kl, jb walau dari mana sekalipun semata-mata untuk menghadiri majlis ini, saya dan isteri berasa amat terharu (takkan ku tahan air mataku ini *dengan nada mawi dan jamal abdillah*). budi baik tuan-tuan dan puan-puan terkenang-kenang hingga hujung nyawa (lakonan erra fazira dan yusri kru)

bagi yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu... inagatan tuan-tuan dan puan-puan keatas hari bersejarah kami sudah cukup bermakna dan amatlah kami syukuri...

sekali lagi... saya dan isteri ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada kudin (pencipta kad kahwin dan slide show), edy (tenaga kerja), apek (pengedar kad), ajak n maliah (cameraman) dan semua rakan yang menyumbang secara langsung dan tak langsung dari segi moral, logistik, idea dan sebagainya....

terima kasih (nyanyian awie)

Saturday, March 20, 2010

Kawan-Kawan Yang Kita Suka (KKYKS)

Selambak tahniah kepada Sam dan Azah yang baru saja melangsungkan Majlis Perkahwinan yang meriah pada petang tadi, dan terima kasih juga kepada beliau kerana sudi meluangkan masa melepak dan belanja di port Ikan Bakar yang terbaik di Serkam.

Pihak pengantin juga merasa terharu dengan kehadiran sahabat-sahabat yang dari KL dan JB iaitu Shiz, Aan, Azea, Maliah, Razak, Eddy Tiger dan rakan, Kudin, Jas, Crystal, Airene, Putri, Ikeen, Fairuzan, Nazib, Man, Mansor sekeluarga, Apek dan Apek Jr. yang sama-sama hadir memeriahkan hari besar beliau.











Semoga KKYKS kekal sebegitu adanya.

Thursday, March 18, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan

Sam & Azah
20 Mac 2010 - Merlimau, Melaka.






Datang jangan tak datang, orang dah jemput! Datang la awal sikit, bole lepak2 beb, pastu pekena asam pedas..

Wednesday, March 17, 2010

alahai abang khai

kudinnnnnnnnnnnnn mana dia card jemputan yang kau kata nak post kat blog ni...berjenggot aku tunggu....ehh salah bukan aku sorang..ramai lagi yg menunggu ni...ke ko nak suruh aku bakar bangi tu? hahahaha

Tuesday, March 9, 2010

Helmee Panjang baru call wa tadi, dengar-dengar macam nak jemput datang kahwin dia.. suara tenggelam dia seperti biasa la.