Saturday, March 28, 2009

Tahniah Inspektor!


Syukur tahniah kepada member kita Sam kerana telah menerima anugerah sempena Sambutan Peringatan hari Polis Ke-202 kemaren.. dan atas berkat kesabaran dan semangat beliau menjalankan tanggungjawab ini juga dengar-dengar beliau telah dipindah tugas ke Ampang Jaya..

canteekkk.. geng futsal tambah lagi sorang!



Pelagi?? Open tebel laaaa!!!

Monday, March 23, 2009

*s.i.l.e.n.t*

since our last reunion has been postponed, suddenly our blog become totally silent. just wondering where is everbody?

cheerio,
cik lie.

Monday, March 9, 2009

Only at Arsenal!



Well, I shudnt give up on my team again.
Kali ni last, betul.

Friday, March 6, 2009

Announcement.


JMBMAMMIBDMLTB! postponed,
new date to be announced soon.

Wednesday, March 4, 2009

3 hari lagi!!

Senarai nama yang pergi:

1) Nana
2) Fendy
3) Dilla
4) Jass
5) Wan Toyol
6) Shiz
7) Liza
8) Cik Mok
9) Kaloi
10) Wife Kaloi
11) Maliah
12) Ajak
13) Aan
14) Azea
15) Aidil
16) Jamaiah
17) Fairuzan
18) Shahril
19) Putri

Bowling ada 4 lane memang cara, so kita jumpa kt sana.. Arrangement untuk dari KL sila hubungi Jass atau Maliah, sementara dari JB sila hubungi Wan Toyol.

Program ni utk suka2 dan laid back je.. kita carry on one shot sbb preparation dah mantarp (yg bebual ye ye kelamba tu biarkanlahhhh) and lepas ni kita cool down dulu sebulan dua ok..

Itenery program masih lagi kekal spt di bawah..



Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang sudi mengorganize program ini, caiyokkk!



Kaloi, lu jgan datang bujang plak!

Monday, March 2, 2009

JMBMAMMIBDMLTB!: Cerita banyak tak guna, Sabtu ni turun Melaka!

Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, JMBMAMMIBDMLTB! mengkehendakkan sedikit perubahan pada susun aktivitinya, dan saya yakin ia tidak akan menjejaskan kelancaran dan semangat kita untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada Maliah, Razak dan Jass yang telah memberi komitmen total dalam memastikan tempat, makan dan minum kita di sana pada hari tersebut tersedia.

Sebelum itu, lihat dahulu susun aktiviti baru di bawah ini;



Mengapa kita perlu berkumpul di Mahkota Parade seawal jam 10 pagi?

Pusat bowling di Mahkota Parade telah di booking penuh untuk satu tournament pada hari tersebut di sebelah petangnya, jadi kita tiada pilihan lain selain datang awal dan mula bermain pada pukul 10.30 pagi. Ingat, tekadkan hati untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini, dan sampai tepat pada masanya.

Berapa lane dan berapa game perlawanan bowling itu nanti?

Hanya ada 4/5 lane sahaja available pada pagi tersebut, dan kita mengganggarkan maksimum 2 hingga ke 3 game.

Bagaimana format perlawanan bowling itu nanti?

Itu akan ditentukan apabila senarai penuh peserta telah dikemaskini pada Jumaat ini. Kita akan bermain sambil bersantai, dan jangan main gerago.

Makan tengahari Asam Pedas?

Ya, selepas bowling kita akan sama-sama makan tengahari Asam Pedas Kaw! di kawasan sekitar A-Famosa. Selepas makan tengahari kita akan berehat atau shopping di sekitar sana.


Asam pedas lawan dengan telur masin tu beb..


Jonker walk

Mengapa luahan puisi/ sajak di buat pada sebelah petangnya?

Menariknya sebelah petang sambil meluahkan puisi masing-masing, kita juga akan menanti dan menyaksikan matahari terbenam di Kampung Portugis, lokasi yang sama juga untuk Minum Air Mangga. Pasti kangen!


Abang kacak di jeti tempat matahari terbenam


Jus nenas dan mangga

Puisi diwajibkan untuk semua?

Kita mahu semua di kalangan kita menghargai seni, paling tidak untuk seminit sahaja. Tak perlu risau.

Selain daripada Ikan Bakar, apakah menu lain yang disajikan?

Banyak, kebanyakkannya seafood seperti Udang, Kepah dan Sotong. Terdapat juga pelbagai jenis ikan yang disaji mengikut selera kita. Menu lain seperti western dan masakan kampung juga disediakan bagi mereka yang alah terhadap makanan seafood.


Port ikan bako


Layan beb tempat makan dia


Makan kupang


Ikan siakap, cencaru dan sotong

9.30 terus balik?

Shiz pernah memberitahu untuk mempelawa kita semua bermalam di rumah neneknya di Sagil, perkara tersebut akan diperpanjangkan kemudian. Kepada mereka yang hendak balik terus atau menetap di mana-mana hotel adalah terpulang kepada keselesaan anda.


Assalamualaikum.