Monday, December 6, 2010

Hari untuk meraikan kepelbagaian

Congrats kepada perantin...moga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat...amin

Sunday, November 28, 2010

Jemput Hadir Semua!

Maaflah kepada sesiapa yang saya tidak sempat bertemu muka untuk mengkhabarkan majlis ini, besar harapan agar semua sahabat-sahabat SSIJB'98 dapat hadir sama pada hari tersebut.

Assalamualaikum.


Monday, November 1, 2010

Welcoming Auji to the world

Let us all welcome Razak's and Maliah's newborn, Auji. Born on 31st October 2010 and weighing 2.81kgs.

Congrats guys.

Friday, October 29, 2010

kecik2 xnak belaja

dah tua baru nak belaja... gugur otak = bengal = pecah tempurung kepala

Tuesday, October 12, 2010

Gua ingat Shiz jadi pengapit la senang,
senang sangkut jodoh.

Wednesday, September 29, 2010

rumah cik nan pula

Kawan2, ini adalah perutusan dari cik nan si bintang kecil kita :)

Friday, September 24, 2010

Raya Jangan Tak Jemput Datang Rumah II: Rumah Maliah Ada Lontong!!

Bukan saja Lontong bang, Mee Hon Singapore dan Seri Muka pun ada beb.. dahsyatttt wa cakap luuu.. tema open house taram je apa ada, sapa dtg pakai baju t-shirt kolar bulat gua kasi lempang, cuba cantik sikit perangai dtg rumah beraya orangg... ewahh


Jom-jom datang melantak rumah Maliah & Razak ramai2!



Ahad, 26 September 2010
4.30 petang - 9 malam
Blok A, Citiview Warisan Kondo, Cheras Batu 2 setengah
(Landmark Pusat Kesihatan DBKL, Cheras.. sebelah tu jee)



p.s: gua punya mee hon (hon ke hoon?) tanak letak taugeh.

Tuesday, September 14, 2010

Raya Jangan Tak Jemput Datang Rumah II

RJTJDR II kembali lagi bang...

Semua dijemput hadir ke rumah Sam & Aza pada Sabtu, 25 Setember jam 7 malam hingga 12 malam di Tiara Duta, Taman Dagang, Ampang.. karok pun ada wa dengar!

TEMA BAJU RAYA!!


Aza cakap dia nk masak mee bandung beb, dahsyatt.. pelagi?? lu orang dijemput SEMUA datang, caranya mudah, lu pegi print color gambo kawin dorang ni saiz A4 pastu laminate (taknak bengkok2), tunjuk kat pak guard baru bole dapat kupon mee bandung beb.. caraaaa...


Dan kepada sesiapa nak sertai RJTJDR II sila sound wa awal2, taun lepas meriah jugak, yela raya cuma sekali.

- RJTJDR 2009: Jom!

- RJTJDR 2009: Rumah Aan, Shiz, Helmee, Kudin dan Airene!

- pengumuman...pengumuman

- mari beraya..


p.s: shiz dgn tiger request taun ni rumah anak2 dara buat la..

Wednesday, September 1, 2010

Jom Buka Puasa beb!

Updates!!
Tempat pun wa dah dapat, cun punya, depan balai polis Ampang Jaya lagi noks, citer bnyk tak guna..

Timor Place,
Dagang Avenue, Taman Dagang, Ampang.

Isnin, 6 September 2010
8 malam

Peta lokasi;





-------

Wa tau lu orang semua sibuk dengan urusan harian masing-masing; sibuk dengan kerja, dengan family, dengan anak-anak, 'sibuk' baru kahwin, sibuk dengan tunang, dengan pakwe, dengan ando, dengan ando jarak jauh, dengan ex-boyfriend dan macam-macam lagi laa.. wa paham, bukan tak paham..

..tapi Buka Puasa Selepas Berbuka ni wajib beb, lu orang kena datang, dah 3 kali puasa beb SSIJB'98 anjurkan;

- 09.09.09
- BPSB: Malam ni pukul 8.15 beb
- BPSB: Rabu ni beb!
- BPSB @ Syed Bistro, Kelana Jaya
- Perjumpaan Senat Yang Sudah Terjawab
- Bliss!
- BPSB: Texted
- Last call! BPSB @ KL Sentral!

Kali ni wa ingat kita buat kat
Ampang, tempat nanti wa confirmkan dengan orang Ampang. Tarikh dan masa wa ingat hari bekerja la senang, Isnin, 6 September 2010, pukul 8.00 malam.

Apasal buat pukul 8 plak??

Dah namanya Buka Puasa Selepas Berbuka derrr, kita buka sikit dulu, sap kok dulu, solat Maghrib dulu, pastu baru melantak laa, bole sembang lamaa.. so, apa-apahal nanti wa update kat blog ni, lu orang pun tau wa ni takde facebook, wa suruh Tiger ajar macamana nak sign up dia buat derk je, tapi kalau lu orang nak cari wa bole cari kat Friendster, add la wa kat Friendster lu eh.



Assalamualaikum!

p.s: kali ni takde gambo makanan, harap maklum.




Tuesday, August 24, 2010

tutup cerita carik dila plis

Ha incik moderator tido ke apa? skang dah bulan pose.....bukak cerita pasal puasa pula plis...spt cth..bila nak buka pose beramai2 ke...sahur ke..tarawih ke...sekian terima kasih...

p/s: tau la tengah asyik masyuk :p

Wednesday, July 14, 2010

Sticky Post: Satu Kempen Bersepadu Mencari Dilla.

Bukan seorang dua, semua sedar kehilangannya mengejutkan, tak tahu punca, tiba-tiba terdiam dan hilang. Jika mungkin rakan-rakan SSIJB'98 tersalah kata, tersilap senda maka kami disini merayu kepulangan Dilla di sini.

Sam: lu cargas buat operasi menyeluruh bertumpu di Shah Alam.
Maliah: pelagi? Gunakan media dengan apa sahaja mediumnya, kecuali Tom-Tom Bak.
Shiz: lu sepakat dengan kodeng cari dekat MBO ke TGV ke Flamingo ke.
Adik Shiz: call wa.
Aan & Azea: lu duaorang buat unit rondaan berbasikal
Jass: lu trace insurans keta dia, belakang no 1981.
Irene: pegi cek dengan Wan Osman kat Giant mana-mana.
Apek: lu stanby dekat border Singapore.
Toyol: lu rilek je, wa tau lu bnyk hal banjir nk setel kat kota tu
Eddy: lu set dengan tancho cari area Balakong.
Ikeen: contact Shiz.
Puteri: tunggu misscall Shiz.
Nana: buat poster full color spread dalam Bintang Kecil.
Liza: wa taknk kacau org baru kawin, apa2 pun tahniah.
Man: lu pun wa ingat standby kat tol kempas dengan haida, kalau boleh buat roadblok lagi bagus.
Atan:
standby unit berkuda artileri.
Yang lain2:
stanby je sambil baca Majalah Mangga.
Nazib: Nazib mana Nazib?

Sesiapa yang jumpa Dilla, bawa dia kemari dan suruh dia explain dalam blog ini kenapa dan kemana dia membawa diri, pulanglahhhh nakk.

-------

SUMBER PERISIKAN TERBARU!


Dari gambo di atas insting wa berat mengatakan gambo ini diambil di tasik shah alam berdasarkan lampu bulat seketul tu. Persoalannya, siapakah anak kecil itu?? Ahh sudahh..

MAKLUMAT TERBARU!
Pasar malam Seksyen 7 hari apa? Mungkin kita bole cari Dilla di situ especially tempat jual Yong Tau Foo. (dari sumber yang boleh dipercayai, sekian).

pappa rich

Kepada mod SSI yang bz tengah carik Dilla tuh,
nie adalah gambar ms gathering pompuan2 2 bulan lepas
kat pappa rich @ bangsar. Ternyata Dilla tak hilang la.
Cume kenapa die senyap tuh korang kene tanye die sendiri la..

Btw, gathering yang ini memang paling happening & kelakar.
Fiza (kali terakhir aku jumpe dia masa form 5), pun ikut serta.
Story mory malam tuh memang sampai sekarang tak bleh lupe. hahaha..

Geng, 1,2,3 fresh!

*bila mau buat lagi geng?*



Thursday, July 1, 2010

mana post orang bertunang ni?

ada orang baru bertunang ni.....buat2 senyap pula...jangan sorok tunang bang

ualan murah.. CALL APEK segera..



apek ada lelong kasut bundle beb... murah gile.. harga rm40 - rm negotiable..





apek ada lelong seluar levis murah2 beb.. harga dari rm25 - rm40 je....

so.. contact apek 0177697173

Sunday, June 6, 2010

how to?

u have a resposible to manage ur team.
u have 7 subordinate that have 1001 attittude.
how r u going to made a great command and control
in the meant time u must have a win - win situation.
s we know, we need them to work n 4 sure they need u to lead...

1. maki hamun sampai diorang sedar?
2. cakap lembut macam bapak cakap ngan anak?
3. kasar dan tegas?
4. lembut dan tegas?
5. sindiran?
6. face to face?

what if, u've done everything to tackle them 4 u to be a good leader...
but, they still with their worse attitude in terms of work?


n opinion...

Tuesday, May 11, 2010

Kidnapped

Excerpts from Bastard United



Kidnapped by these punk ass bitches called friends. Haha. It was great catching up. Cheers.

Friday, April 16, 2010

Al-Fatihah



Al-Fatihah kepada Syed Abdul Mutalib yang kembali ke Rahmatullah pada 15 april 2010 jam 5.00pm di Hospital Sultanah Aminah, JB akibat tibi. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman & beramal soleh..

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, April 14, 2010

Undangan Perkahwinan



Dengan ini kami sangat berbesar hati ingin menjemput kalian & keluarga
 ke majlis perkahwinan kami pada 01.05.10.


Kepada yang masih belum menerima kad jemputan, kami akan cuba sedaya upaya untuk menghantar kad2 tersebut secepat mungkin. Maaf jika tak sempat berjumpa.
*kudin, cmno nk pas kad korang nie? yang geng pompuan smue dh settle. tgl geng lelaki jek*

Semoga kehadiran semua menceriakan lagi hari kami nanti.

Sekian Terima Kasih :)

p/s : kepada yang tak dapat hadir kerana dh beli tiket konsert DOUBLE TROUBLE, kami paham sebab kami pun pegi jugak tapi xdapat pegi!!! Kenape la dorg buat konsert time tuh? hehehe..


xoxo,
Cik Lie & Cik Moks
(016-3155117)

Friday, April 2, 2010

Softball friendly match

Kawan2... junior masa dok hostel ssi dulu mengcall aku tadi ajak join softball friendly match between UPM dengan Ex-SSI Softball Team....Hrmmm match suka2...aku pon dah tak ingat sangat rules dia mcm mana...So, kawan2 yg rasa ada kat kl and quite free pagi tu..jom datang sorak....and the details are as follows;

Time & Date: 8am / 8.30am (April, 4 2010 - Sunday)

Venue: Padang UPM


Pengumuman-pengumuman!




Konser Cari Jodoh Sabtu ni weh!

"Tinjauan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus atau lebih dikenali sebagai Stadium Larkin mendapati kerja-kerja pemasangan untuk pentas konsert sudah hampir 95 peratus siap dan akan lengkap sepenuhnya menjelang Jumaat. Ini kerana sesi latihan oleh Wali Band akan dijalankan pada Jumaat malam di lokasi yang sama.

Sistem pencahayaan juga bunyi untuk konsert Cari Jodoh…Wali Band, ini adalah antara yang terbaik untuk sebuah konsert yang dianjurkan di selatan tanahair,” jelas Azman Muin, koordinator acara dan teknikal bagi konsert berkenaan"



1. Maliah, apa-apa hal ko standby satu dua tiket free untuk Nazib.

2. Wa dengar JAIJ ada bukak booth register kursus kawin depan maskot harimau.

3. Lagi satu, Maliah stanby jugak tiket free untuk Shiz takut dia mencanak nak pergi kang.

4. Panjang dengan Homaidi dah standby kemeja petak-petak dengan lilit kepala siap-siap.

5. Dilla mana Dilla?




Roger and out!

Wednesday, March 31, 2010

Hitched.

Legally I am... :-)



married... Time to make babies people...

Thursday, March 25, 2010

terima kasih




tidak terkata dengan kata-kata.....

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah hadir kemajlis persandingan suhaimi & nur azah di merlimau melaka pada 20 / 03 / 2010... kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah bermakna dalam memeriahkan lagi majlis persandingan ini.

bagi rakan-rakan yang sudi meluangkan masa dan ringgit malaysia (tak bleh claim ar) untuk datang dari kl, jb walau dari mana sekalipun semata-mata untuk menghadiri majlis ini, saya dan isteri berasa amat terharu (takkan ku tahan air mataku ini *dengan nada mawi dan jamal abdillah*). budi baik tuan-tuan dan puan-puan terkenang-kenang hingga hujung nyawa (lakonan erra fazira dan yusri kru)

bagi yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu... inagatan tuan-tuan dan puan-puan keatas hari bersejarah kami sudah cukup bermakna dan amatlah kami syukuri...

sekali lagi... saya dan isteri ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada kudin (pencipta kad kahwin dan slide show), edy (tenaga kerja), apek (pengedar kad), ajak n maliah (cameraman) dan semua rakan yang menyumbang secara langsung dan tak langsung dari segi moral, logistik, idea dan sebagainya....

terima kasih (nyanyian awie)

Saturday, March 20, 2010

Kawan-Kawan Yang Kita Suka (KKYKS)

Selambak tahniah kepada Sam dan Azah yang baru saja melangsungkan Majlis Perkahwinan yang meriah pada petang tadi, dan terima kasih juga kepada beliau kerana sudi meluangkan masa melepak dan belanja di port Ikan Bakar yang terbaik di Serkam.

Pihak pengantin juga merasa terharu dengan kehadiran sahabat-sahabat yang dari KL dan JB iaitu Shiz, Aan, Azea, Maliah, Razak, Eddy Tiger dan rakan, Kudin, Jas, Crystal, Airene, Putri, Ikeen, Fairuzan, Nazib, Man, Mansor sekeluarga, Apek dan Apek Jr. yang sama-sama hadir memeriahkan hari besar beliau.











Semoga KKYKS kekal sebegitu adanya.

Thursday, March 18, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan

Sam & Azah
20 Mac 2010 - Merlimau, Melaka.






Datang jangan tak datang, orang dah jemput! Datang la awal sikit, bole lepak2 beb, pastu pekena asam pedas..

Wednesday, March 17, 2010

alahai abang khai

kudinnnnnnnnnnnnn mana dia card jemputan yang kau kata nak post kat blog ni...berjenggot aku tunggu....ehh salah bukan aku sorang..ramai lagi yg menunggu ni...ke ko nak suruh aku bakar bangi tu? hahahaha

Tuesday, March 9, 2010

Helmee Panjang baru call wa tadi, dengar-dengar macam nak jemput datang kahwin dia.. suara tenggelam dia seperti biasa la.

Wednesday, February 24, 2010

Weh dah lama tak lepak Anggun!

Esok malam wa balik JB.. nak buat camana, Dato' Noh Gadot dah petik nama wa suruh turun lead perarakan, pastu wa cakap takdehal.

wa memang jenis takdehal, tapi takdehal-takdehal pun wa ingat kalau dia suruh wa baca-baca, wa ingat agak goyang la.


p.s: jib, nanti sabtu ke ahad ke kita pegi jalan-jalan kat pusat membeli-belah eh, bawakla ando sorang dua.

p.s.s: man, lu setting dengan lemau ke apek ke tengok kalau boleh pekena karo sampai lebam.

Thursday, February 18, 2010

kecundang jugak..

CNY punye pasal.. from kulim 4.30pm smpi kl kul 11pm.. biasa la kan.. jem.. xleh nak buat pe.. smpi umah kene kemas umah laks coz kucing2ku telah membuat onar.. body & drh begelimpangan disana sini.. antaranye burung seekor (tersngkut kat tingkap bathroom), tikus sekor, cicak 3 ekor, mengkarung sekor... tup2 kul 1 baru leh tido.. kul 3 gagahkan diri bangun.. nak tgk bola konon2.. gupenye start kul 3.40am.. celaka.. tertipu.. (lain kali tgk guide dlu naa.. pdn muke aku..) bile bola dah start.. 3 minit pertama suke ar.. coz leading.. last2.. kecundang gaks.. tapi xpe.. jumpe lagi nanti di old traford.. (tul ke eja.. pedulik ar..) tapi kalau korang tgk.. gol ke dua milan score by seedorf mcm yg selalu aku buat kat futsal kan.. hahaha.. so, sape tiru sape nie.. hauhuauaa...



Friday, February 12, 2010

Graduation Day



the above video is for cheesy reuniting moments.



whilst this video is for rocking get-together sessions!

Tuesday, January 19, 2010

NGALAT

Minggu lepas aku dapat panggilan dari umi yang tok bit aku ataupun tok wan.Bit tu singkatan dari ABIT..Dimasukkan ke icu sebab terjatuh semasa bangun dari katil.aku pun terus mohon cuti selama 10hari.umi aku cakap yg tok bit aku ada 50-50 untuk hidup,sebab ada pndarahan dlm otak.aku berharap dapat berjumpa dengan tok bit..bila sampai di hospital alor setar,tok bit masih koma..Tok bit sekarang hanya bergantung pada alat bantuan hayat saja.Doktor telah panggil semua adik beradik umi.dan minta berbincang adakah mahu membuka alat bantuan tu..mulanya umi aku x setuju dengan cadangan tu,tapi dipujuk umi aku setuju dengan tindakan tu..sebelum tu aku dan abang masuk wad icu tu,bila tengok memang sedih sangat tambah pula abang aku ni dijaga oleh tok bit masa kecil dulu..Pada esok pagi bila doktor buka alat bantuan tu,keputusan memang terkejut.Tok bit dapat bernafas dengan elok..Aku betul bersyukur pada ILAHI sebab memanjangkan lagi hayat tok bit..Doktor kata ini memang luar biasa.2ari kemudian tok bit dipindahkan ke wad biasa.aku dan abang aku akan menjaga tok bit dari pkul 7mlm hingga 8pagi.selama 3mlm aku dan abang menjaga.melihat keadaan tok bit bertambah elok aku pun pulang ke kl pada ahad..Melihat keadaan tok bit memang aku jangka akan elok..Tapi pada 18hb012010 pukul 11pagi abang aku telefon dan beritahu yang tok bit telah meninggal dunia..Aku terus terbayang muka tok bit,berlinang air mata.Aku ambil cuti lagi dan barharap dapat melihat muka tok bit kali yg terakhir,tapi aku gagal juga..Tok bit dikebumi pada pukul 9mlm.Masa perjalanan ke arau perlis memang aku bawa kereta over limit harap dapat menatap muka tok bit..Memang aku ngalat betul.Pagi tadi aku kekubur tok bit,xdapat menahan air mata ini..Aku menangis sebab x dapat nak turunkan tok bit untuk keliang lahad.Umi aku datang untuk menenangkan aku..Dan aku terus beredar dan berkata"ATAN PI DULU YE TOK BIT,TOK BIT DOK LA DGN TENANG KAT SINI..NANTI ADA MASA KITA JUMPA LAGI" SEMOGA TOK BIT AKAN DITEMPATKAN ORANG2 YANG BERIMAN