Tuesday, September 29, 2009

pengumuman...pengumuman

kepada A'an, Shiz dan Kudin.....

1. A'an masa beraya umah kau tu jangan lupa sediakan kek ye....hari tu adalah b'day aku...

2. Shiz, kau pon kene sediakan kek jugak sebab hari tu adalah b'day nye cik liza...

3. Dan kudin, kau perlu sediakan kek sebab belated b'day utk dilla 29/9/09...kau kena sediakan...kenapa? hahahha tuhan je yang tahu.. ;)

RJTJDR 2009: Rumah Aan, Shiz, Helmee, Kudin dan Airene!

UPDATE!
Rumah Helmee Hasir pada Sabtu depan 10 Oct, 2 petang.

"Kami baru berpindah ke Cheras, dekat dengan Jusco Balakong,
jemputlah semua datang.. ada makan-makan sikit.."


Lama siot tak jumpa mamat ni,
dulu asyik suruh aku beli kebab je.


-----------------

"Jemput semua datang beraya ke rumah kami
di Ampang, jangan malu jangan segan, hihi.."


pada Khamis ini, 1 Oktober 2009 pukul 9 malam.
Jass, wa setuju dengan cadangan lu suruh Azea masak ketupat, masalahnya sempat ke buat ketupat lepas balik keje?


"Hari Jumaat gua nak amik berkat
jemput semua datang beraya.."


pada Jumaat ini, 2 Oktober 2009 pukul 9 malam.
Menu ayam masak kicap dah tentu punya.


"Nasib baik Sabtu malam Arsenal takde game,
so bolehlah lu orang datang beraya.. datanglah ye!"


pada Sabtu ini, 3 Oktober 2009 pukul 8 malam.
Datang jangan pakai seluar pendek, kena ikut tema; Tema Baju Raya!


"Moh la tubik beraya di Seri Kembangan deh,
ambo masak nasi kerabu.. berbaloi-baloi!"


pada Isnin depan, 5 Oktober 2009 pukul 9 malam.
Anai-anai banyak lagi ke kat rumah ko tu Airene?



p.s: Kepada mereka yang ingin hadir bertandang, sila confirmkan pada Tuan Rumah atau drop di dalam comment box supaya senang mereka untuk membuat persiapan, dan kepada yang tak tahu jalan, call je Tuan Rumah habis cerita atau guna google earth.



Monday, September 28, 2009

RJTJDR 2009: Jom!

Selamat Hari Raya!

Raya tahun ini jadikan ia lebih bermakna untuk kita bersama-sama beraya di rumah kawan-kawan lama; SSIJB'98. Maka secara rasminya, saya yang melantik diri saya sebagai Moderator mengumumkan program..

Raya Jangan Tak Jemput
Datang Rumah 2009!




Kita ni semua kalau jumpa, lagi-lagi di hari raya datang bertandang mesti pecah rumah dibuatnya.. jadi program ini diharap menjadi program tahunan untuk kita merapatkan perhubungan kawan kita semua walaupun sibuk bekerja dan juga berchenta.. Nazib mana Nazib??

Di sini juga gua ada senaraikan nama-nama rumah yang akan diterjah, rumah Dilla nombor satunya, atas permintaan ramei..

1) Dilla (Shah Alam)
2) Nana & Fendy (Shah Alam)
3) Hasnah & Family (Shah Alam)
4) Airene & Wan Osman (Seri Kembangan)
Isnin 5 Oct, 9pm
5) Liza (Damansara)
6) Aan & Azea (Ampang)
Khamis 1 Oct, 9pm
7) Sam & Jass (Ampang)
8) Putri (Subang)
9) Shiz (Balakong)
Jumaat 2 Oct, 9pm
10) Ikeen (Balakong)
11) Zaki Manaf & Wife (Balakong)
12) Maliah & Razak (Cheras)
13) Kudin (Bangi)
Sabtu 3 Oct, 8pm
14) Helmee Hasir & Wife (Cheras)
Sabtu 10 Oct, 2pm
15) Atan Syed & Family (Seremban)
16) Shukor & Family (Seremban)


Jadi kepada tuan-tuan rumah di atas, harap sudi menerima kedatangan kami semua nanti ye.. kita tidak mahu membebankan tuan rumah, yelah mana tau nak tumbang lembu 10 ekor ke, nak masak nasik minyak ke, nak buat sirap bandung soda ke.. tak perlu semua itu, minum air sirap suam pun cukuplah.. kepada rakan-rakan kita di JB pun kena cargas..

Assalamualaikum!


p.s: Kepada tuan rumah dan jemputan, sila contact dan arrange dengan Shiz atau Airene untuk menetapkan Tarikh dan Masa untuk program RJTJDR 2009 ini.

Saturday, September 19, 2009

::Jemputan Perkahwinan::

Salam Aidilfitri buat rakan-rakan sekalian.

Harap maklum, anda semua di jemput hadir ke majlis perkahwinan Radiah dengan pasangannya Iskandar. Kad jemputan adalah seperti di bawah :

*sila klik untuk image yang lebih besar...

Tuesday, September 15, 2009

BALIK KAMPUNG !!


PROGRAM BALIK KAMPUNG BERAYA DI KEDAH
(sbb ramai bebudak 'kena' raya kt kedah)

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2009

HARI : JUMAAT MALAM (Tgh malam kot)

DESTINASI : UTARA

KENDERAAN : TAYAR 2,3,4 @ lebih pun boleh gak

TEMPAT BERKUMPUL : Tanya A'an

* So sesape yg nk balik ke utara samada 'terpaksa' atau dgn 'kerelaan sendiri' beraya ke utara boleh lah mengkompom dengan A'an ye.....



Thursday, September 10, 2009

pingcorage

kudin...namaya bukan pingcorage..aku salah spell la...namanya pingachorage...ha sila lah ye...wahai incik kudin dan incik shiz...sekian

09.09.09

Akhirnya semalam kami pergi berbuka puasa jugak kat vicchuda uptown spt yg telah diwar2kan sejak seminggu lepas. Aku, Ikeen & Aireen dah tercongok kat situ dari 6.30ptg lagi. semangat punya pasal.. Orang lain table semue penuh ngan makanan. Kami? order air jek.. hehe..
Then, Dilla sampai dlm pkl 7.30pm kot.. lambat pasal carik parking. Then, baru kami order makan.. Kami order sejibik mcm gambar yang kudin eh?eh? salah en khai upload.

Tgh2 sibuk melantak, sampai la shiz & kodeng (akhirnya kami tau saper kodeng tuh.. name die ahmad.. nama panjang aku xigt).. next en khai.. dorang pn order. sambil makan, sambil berborak. tapi aku rasa ketawa lagi banyak dari bercakap la.

Dalam pukul 8 lebih, a'an & wifey pn sampai. dari ikea&tesco katenyer. crk tmpt kuih.. hehe... then berborak, berborak, dan berborak lagi. Mostly, cerita pasal zaman2 dulu kala. Then, tetiba Shiz&Aireen, keluar idea. NEXT REUNION NK BUAT KAT MANE? Diaorang nak buat kat herm..herm.. tunggula en khai bagitau.. tak surprise plak kang. Kami bersurai (ceh! mcm perhimpunan bersurai zmn2 sekolah plak) dlm pkl 10pm sbb shiz,kudin& kodeng nk tgk FD4.. Kitaorang pn dah penat ketawe2.

Anyway, w'pun kami ber 9 jek.. (eh? 09.09.09 then 9 org jek. menarik!) ttp vicchuda tuh mcm nk pecah. Ttp happening. Minah& mamat vicchuda tuh musti berangin jek kite duduk lepak lame2 buat mcm restoran kite sendiri..

Utk Kudin, Dilla, Aireen,Ikeen, Shiz, A'an, Azea & Kodeng, kalau semalam terkutuk or ter2 yang lain, aku mintak maaf sangat2.. itu hanya gurauan semata2. harap2 tiada yang berkecil hati..(advance mintak maaf hari raya)

nota: mmg takde gambar. nnt kata xsenonoh plak tgk hidangan kami semlm. hehe..

*yellowvolks*

Wednesday, September 9, 2009

PENGUMUMAN...

guyss...galssss mak yong is on my facebook list...so siapa yg tak ada facebook acc tu...sila lah ye...sekian terima kasih...kepada shiz...mak yong sangat bahagia bersama suami tercinta dia...ko dah boleh submit form kat liza plak...takpon dilla ke...tapi kalau dilla..ko kene compete ngan kudin hahahaha

(Update!) BPSB: Malam ni pukul 8.15 beb

Untuk pengetahuan semua, gua dah buat reservation;



- Table No. 10
- Reserved under Khai
- 10 pax ++
- PIC Cik Lina


Semua dialukan untuk datang malam ni, buat muka rilekk je, takyah nak kucar-kacir nak buka.. buka sikit dan solat pastu terus cargas ke sana, masjid pun kat sana dekat tepi roundabout..

Kepada yang office dekat, yang rumah dekat dan yang bawak keta laju cilok-cilok boleh la datang awal sikit untuk senang jika ada yang datang dari jauh nak mencarinya... kalau dah sampai, pelagi? order ler, tak payah nak tunggu-tunggu buat muka jambu, belasah je dulu..

Jadi, untuk menaikkan semangat pejuang-pejuang yang kental berpuasa, di sini saya menyertakan gambar benar masakan di Vichuda (lu orang tengok udang masak tepung dia mencanak beb!)..












Last-last.. lagi satu tolong jangan ambil gambar makanan yang kita nak makan, apa lagi yang dah lepas makan.. tak senonoh kate orang Johor.

Dah, gua nak tido jap.

Friday, September 4, 2009

BPSB: Rabu ni beb!



Lu tengok BPSB tahun lepas...

BPSB @ Syed Bistro Kelana Jaya
Bliss!
Perjumpaan Senat Yang Sudah Terjawab

huuu mencanak wa cakap lu beb, ramai yang turun
buat kat KL Sentral port lama tu, zaman2 A'an bujang lagi beb
masa tu kalau lu orang ingat lagi, Wan Sidek nama naik beb..

Jadinya, tahun ni harap-harap ramai-ramai datang semua
bawak kaum anak bini semua memeriahkan lagi BPSB kita ni
satu-satunya majlis Berbuka Puasa Selepas Berbuka di dunia beb..

mana ada orang bukak posa lagi selepas bukak posa?
setau wa bukak benda lain adala.. yang tu lu tanya Shiz

Hari dan masa BPSB tahun ini adalah seperti berikut;

Rabu, 09/09/09 (amik berkat nombor cantik tu)
di Vichuda, Damansara Utama (food review click HERE!), pukul 8.15 malam

InsyaAllah, kita jumpa di sana,
khabar-khabarkan kepada member-member yang lain
dan juga member-member yang menjauh.

--------------------
Update!!

Shukor:
En mod, tlg upload map nak pg tmpt tu, kpd kengkawan yg luar drpd kl, takut sesat

- Beb, map nak pegi tempat tu memang berselirat wa cakap lu, tapi takpe wa bagi text direction lagi senang..

1) Lu dari Seremban, lepas tol Sg Besi lu terussssssss je sampai jumpa EXIT ke Petaling Jaya/ Shah Alam.

2) Dekat EXIT tu lu akan nampak Desa Waterpark sebelah kiri lu.

3) Dah masuk EXIT tu lu terusss je akan menghala ke Federal Highway.

4) Teruss lagi dalam 100m ada Angkasapuri sebelah kiri lu, lepas Angkasapuri tu lu terus naik Highway menghala ke Petaling Jaya / Taman Tun Dr. Ismail / Damansara.

5) Tol 2 kali; Tol RM1.50 dengan Tol RM1 (tol boleh claim dekat penganjur)

6) Lepas tol ke dua yang RM1 tu lu call wa atau Shiz, no worries!