Memandangkan yg lain Dila dah sebut, aku nak insert jgk antare cikgu2 yg meninggalkan kesan dihatiku & rakan2 lain.
Additional:
Pn Faridah aka merak kayangan
Cikgu Math merangkap cikgu kelas aku. Aku rasekan, selain drpd Pn Zawiyah aka Sharon Stone, sbb dia jgk la aku pening biler tgk nombor sampai skarang. Memula masok form 5, aku ingatkan dia cool giler. Lps tu dlm diam2 dirimu telah mendajali ku bersama rakan2. Perit sungguh rase hati bile surat cinte sampai ke rumah. Mujur aku sempat bakar sblm jatuh ke tangan ibu bapaku yg tercinta. Huhuhu... Tp yg paling x bole blah, biler aku tgk album kawin dia yg menggayakan fesyen pakaian ala merak kayangan. Sadis beb. Ampun cikgu!
Pn Rozita aka skaters / bladers
Cikgu Ekonomi yang sorang ni, kalo berjalan pergghh...laju x hingat. Aku rase kalo korang naik motor pun blom tentu dpt potong dia. Tp dia rock la.
Encik Mahadi
Satu-satunya cikgu lukisan paling cool yg pernah aku jumpe. Siap amik tuisyen lukisan lagi dgn dia. Dia punyer cool tu sehingga menyebabkan kadang2 aku & the geng melepak di bilik lukisan sampai x masok kelas. Ai lap yu la teacher.
Mrs Pongga
Ini adalah cikgu BI aku mase form 2. Dia ni punyerlah x sukenyer kat seisi kelas 2 A KMT tu. Katenyer kami ni terlampau jahat. Ada ka patot? Untuk mengurangkan kebisingan kami, dia telah menukar tpt duduk bdk2 p'puan & didudukkan di sebelah budak lelaki. Aku pun x paham aper motif dia buat mcm tu. Tapi kelas jadi makin bising plak. Xpuas ati lagi, dia telah menyuruh kami beratur 1 kelas beramai2, lps tu jalan itik sampai ke hujung kelas 2 A SPT. Kire nak bagi insaflah. Tapi, maklumlah. Kami semua ni kan ker mase tu riang ria,tambahan pulak ketua tingkatan kami ialah Encik Aiyadz Isyak Yaakob Atan. So, just imaginelah mcm mane keadaan kelas tu. Akhirnyer dia give up & lgsg xnak mengajar kami lagi. Iskk...sungguh tragis. Maaplah Mrs Poggatai.
Pn Kalthom aka Nicole Kidman
Cikgu kelas 3AKMT merangkap cikgu BI mase. Dia ni x la garang, cume muke dia yg cun tu kadang2 menggerunkan sume org. Dia buat lawak pun xder org nak gelak, sampaikan dia terpakse bertanya kpd Ketua Tingkatan aku iaitu Ishak "garang sangat ke saya ni." Huhuhu...Tapi, mase time dia ajar BI aku agak terror jugak la English. But then, masok form 5 Mrs Seah telampau myk ajak kami2 ni menyanyi plak. Hasilnyer sampai skarang aku pandai nyanyi lagu English je la. Tp stakat nyanyi je. Yg lain2, Harammm....
Cikgu Melati
Korang kenal ker saper cikgu Melati tu? Hahaha... Cikgu Melati ialah cikgu sekolah tadika aku, semasa bersekolah di Sek Tadika Abim Mahmudiah. Yg peliknyer, cikgu ni boleh ingat aku lagi sampai skarang, walaupun last aku jumper dia mase umur 6 thn. Siap baru2 ni, & citer kejahatan ala kanak2 aku dulu kat mak aku tuhh... Fuhh, teharu btol aku mengenangkan cikgu aku yg bername bunga-bungaan ni.
Kesimpulan
Walaupun kiter berjumpe dgn pelbagai spesis cikgu2 sama ada yg cool ataupun tak, tapi sebenarnyer aku rase kalo tanpe diorg kite takkan jadi mcm skarang. Dan setelah beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan, akhirnyer aku sedar yg sekolah ni satu tpt yg terlampau menyeronokkan. Sbb dr situlah semua pengalaman bermule & mengajar kiter erti kasih sayang, persahabatan, kegigihan & kekuatan. Time kasih cikgu....syg kamu semua...
Monday, May 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cerita Cikgu Melati tak boleh masuk port okk..
tu kena bukak blog tadika sendiri, TQ.
Ala encik khai, kasi can la aku memperkenalkan cikgu melati kat rakan-rakan. mane tau anak korang sume jd junior kat skolah tadika aku tu. hahaha...
Post a Comment