kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan serta
kesihatan untuk kita sekali lagi bersama-sama dengan umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha.
Pada 08/12/2008 masihi, umat Islam di seluruh dunia merayakan Aidiladha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban iaitu hari yang menyatukan kita untuk bersama-sama melafazkan takbir dan tahmid, sambil mengukuhkan lagi kesedaran betapa Allah s.w.t itu Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha Kaya. Perasaan ini lahir dengan sendiri apabila kita melihat dengan penuh keinsafan akan rahmat dan nikmat Allah s.w.t yang melimpah ruah di negara kita ini.
Pada zahirnya, hari ini adalah Hari Raya untuk kita bersukaria, tetapi pada hakikatnya ia adalah hari ulangtahun untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang telah di perintahkan oleh Allah s.w.t untuk mengorbankan putera kesayangan baginda sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. dan kesabaran Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Bagi saudara-saudara seagama yang telah diberikan rezeki dan peluang untuk ke Tanah Suci Makkah, mereka menyambut ulangtahun pengorbanan ini dengan melaksanakan ibadah haji. Manakala bagi kita yang berada di tanahair pula, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., bermula dengan Takbir Aidiladha sejak terbenamnya matahari pada petang 9 Zulhijjah, solat Aidilfitri serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Zulhijjah
Ibadah korban disyariatkan dalam Islam berpandukan ayat Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Kauthar ayat 2, yang bermaksud,
”Maka, bersembahyanglah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah binatang (sebagai tanda kamu bersyukur).”Nabi Muhammad s.a.w sangat menggalakkan kita melakukan ibadah korban kerana ibadat ini mempunyai banyak hikmah dan kelebihan. Diantaranya ialah orang yang berkorban akan mendapat pengampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan, akan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah s.w.t dan juga akan dapat menambah amalan kebajikan.
Justeru, konsep berkorban yang luas intipatinya, mempunyai hubungan yang rapat dengan kita seluruh warga SSIJB98, yang telah diamanahkan peranan dan tanggungjawab untuk menjaga keamanan serta keselamatan negara ini. Kesanggupan kita mengenepikan kepentingan diri sendiri dengan mengutamakan masyarakat dan negara,
adalah merupakan satu bentuk pengorbanan yang amat tidak ternilai.
Kesanggupan kita berkorban sedemikian rupa akan terpancar, apabila kita benar-benar yakin dan beriman bahawa segala sumbangan, pengorbanan dan khidmat bakti yang kita curahkan adalah kerana Allah s.w.t,yang akan dibalas dengan ganjaran yang lebih baik iaitu pahala yang besar disisi-Nya kelak.
Marilah kita menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan setulus dan seikhlas, budayakan sikap bantu membantu dan bekerjasama dalam segenap bidang yang boleh membawa kestabilan dan keutuhan agama, bangsa dan negara.
Semoga sumbangan kita itu akan diredhai oleh Allah s.w.t dan diterima sebagai amal soleh.
Akhirnya, sekali lagi saya Suhaimi Omar mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SSIJB98 semoga pertalian kita akan kekal abadi selama-lamanya.
Terima kasih.
12 comments:
sam, wa tgk lu semenjak dua menjak ni emo memanjang je..
salam aidiladha....
din:
1)gua kalah masa futsal tu.
yang
2)pilihanraya kecil DUN Kuala Terengganu pada 17hb Januari 2009.
salam aidiladha..
sam:aku rase cam bc perutusan drp YDP Agong lak bile ko wat ayat camtuh..
salam aidiladha untuk semua warga ssi...semoga apa jua pengorbanan yang dilakukan mendapat keredhaan allah s.w.t
sam, kekalkan kemenangan kita di sana, jgn biarkan bangsa kita tergadah.
ini adalah satu arahan.
aku setuju ngan khai..weh sam..ko pindah penang jek la hehe
selamat hari raya Qurban..nampaknyer raya ni aku berada di perantauan...sob sob sob..
din: lu cuba clarified sikit statement lu tu? gua tak berapa paham... 1 lagi lu perasan tak tarikh tu?
some serious shit there bro. let's smoke some weed.
YEMMMMMMM
EID AIDILADHA.
Sam: hang memang penuh emo lately ni. apa kes?
shiz: ko mabon dengan YEM ke, asik cari yem aja.
cik mal: coz i luv u tooo....
Post a Comment