Tuesday, December 23, 2008

SSIJB'98 REUNION: Memang berbaloi!

Sebelum kita pergi dengan lebih terperinci, di bawah ini dilampirkan senarai aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada Reunion nanti;



a) Pendaftaran
Pendaftaran akan dibuka mulai jam 11 pagi dan para peserta diingatkan supaya datang awal untuk memudahkan AJK menyusun-daftar peserta ke bilik-bilik yang ditetapkan, juga para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti selanjutnya.

AJK telah sebulat suara melantik Wan Toyol menjadi koordinator bagi peserta-peserta JB dari segi mengatur perjalanan pergi dan pulang serta peringatan untuk pembayaran peserta-peserta tegar JB. Jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi dan hemah.

b) Lunch 1 (Katering)
Lunch hanya akan dihidang pada pukul 12pm hingga 2pm.

c) Briefing
AJK akan memberi taklimat secara tidak formal tentang aktiviti dan program yang akan dijalankan, terutamanya keselamatan.

AJK juga akan melantik beberapa peserta secara lantikan terus untuk membantu memudahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

d) Aktiviti di pantai
Beberapa aktviti telah diputuskan untuk aktiviti petang, antaranya ialah Water Polo, Volleyball, Beach Soccer dan Banana Ride.

Para peserta diingatkan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti ini dan sekali lagi, keselamatan diri dan barang-barang berharga perlu diutamakan.

e) BBQ/ Karaoke: Theme Party
AJK ingin melihat supaya aktiviti Reunion ini akan diingati dan dikenang sampai bila-bila, dan ia mengkehendaki komitmen daripada peserta untuk lebih 'sporting'.

AJK telah memutuskan Baju Sekolah Theme Party sebagai tema utama untuk malam tersebut. Semua peserta dikehendaki memakai baju sekolah, tidak kira apa tema dan concept sekalipun, janji baju sekolah. 'King & Queen' juga akan dipilih sebagai pemenang.


Yatttaaaa!!

Menu yang dicadangkan untuk BBQ adalah seperti Ayam, Udang, Sotong dan beberapa menu sampingan yang lain.

Semua peserta diwajibkan menyumbang paling busuk pun sebuah lagu pada malam tersebut. Tak kira.

Program rasmi akan hanya tamat pada pukul 12 tengah malam.

f) Breakfast (Katering)
Breakfast akan disediakan di tepi pantai yang akan bermula seawal 8 hingga 10 pagi. Breakfast sambil mandi laut pagi-pagi, mantarp!

g) Gotong-royong/ Check-out
Aktiviti mengemas rumah akan dijalankan sebelum check-out supaya tiada caj tambahan atau isu berbangkit dikemudian hari.

h) Lunch 2
Selepas check-out, para peserta akan terus menuju ke Seafood Restaurant untuk Lunch sebelum pulang bersurai.

i) Lain-lain
-Kepada sesiapa yang masih belum lagi membuat pembayaran, sila lakukannya dengan segera, semua dah besar-besar kan?

-Event photographer akan diguna-khidmat dalam Reunion ini supaya gambo tu nampak cun! yay!

-Terdapat sedikit perubahan pada design T-Shirt reunion, dan yang pasti T-Shirt tersebut tiada collar.

-Yang tak nak pergi tu biarlah, takpe kita faham. Baiklah.

-Mansor, Atan, Shukor sekeluarga beserta Man mungkin akan singgah bersama-sama kita nanti.

-Kami yakin akan telus dalam menguruskan segala perbelanjaan, dan diumukan juga di sini, jika terdapat lebihan dalam perbelanjaan, penganjur akan membahagi sama-rata amaun tersebut kepada setiap peserta yang hadir. Sikit ataupun banyak.

-Apasal susunan ayat aku macam poyo kering?

Kemaskini terkini akan dilanjutkan dalam entry yang lain. Terima kasih.

18 comments:

makhluk ijau said...

mgkn aku nak tambah skek.. anda digalakkan berkongsi kereta utk mengelakkan dari adernya 38 bijik keta kat halaman banglo tue then nanti org ingat tmpt jualan kereta terpakai laks..

outkhai said...

satu pemandangan yg bagus! olih itu, moh la kita sama2 tumpang shiz..

ShizKassim said...

sorry..keta aku penh ngan MAKANAN...

makhluk ijau said...

xpe.. kiteorg mkn siap2 mkanan tue.. then ader la space utk kiteorg tumpang.. yahooo..!!

outkhai said...

lu jgn mcm-mcm shiz, haritu meeting kn dh setting jas yg jaga makanan/ bbq, so keta jas la yg bwk makanan, ayam hidup, sotong, kambing, besen, tong air semua tu..

tak kira, wa nk sila panggung dlm keta lu.

ShizKassim said...

din, walaupun lu dah kurus...pungung luu tetap besoooorrr.... tak muat beb...

bastard united said...

to everyone,

please please make the payment. Kami kat sini pun bukan kaya raya nak dahulukan wang itu dulu...so try to understand situation kita...
berilah kerjasama pada kami semua...look forward for your prompt response on the matter.

nazib said...

tah, dah tua2 pon xnk bayar lg..ape la diorg tu...(eh, aku pon blom bayar ler..hehe..)..since tetiba kete aku wat hal thp tertinggi maka bocorla kocekku...sorry prens...

$@m said...

aku nak naik kete sape? sape nak g sane dari trg? kete polis takley ar....

makhluk ijau said...

tumpang rombangan pengundi2 hantu yg dtg dari kl..

Anonymous said...

wei bayo lah!!!apala korg ni!!!!!
tp xpe aku phm...pelan2 eh bayar..
as long korg byr sblum korg pegi..
hehehehehe.....

baju sekolah??aku kna beli sluar hijau la ni???

tag logo sekolah nk pki yg besi ke yg jahit kt kocek baju???

yg nk nyanyi lebih 1 lagu leh?

ms mandi nnti kna pki swimming suit ke??

final BATTLE of BLOOD available lg ke??

Anonymous said...

sam : klu xslh aku mgkn aku ada ftsl kt trganu.....
ko nk saing aku x?

mizmaleya said...

haha..tak sabar

wan-T said...

woi mangkuk!!!!...mana la aku nak cari baju sekolah ni....sape la pnye idea nie....panas betui la wa....din lu update kt wa sape lg bdk jb yg x byr...biar wa gegar diaorg....

zambrodi said...

eh..xtau lg la nak pi ke idak.aku ade program pemulihan harimau siberia la kat bukit apeng

*yellow volks* said...

CHUP..CHUP!! zambrodi diatas ni saper? xperkenal kan diri pun..

♥ SuGuS ♥ said...

zambrodi? pemulihan harimau siberia? hoho.. men-seram-kan...

Anonymous said...

where you come from!