Saturday, February 28, 2009

aku tak hilang

kengkawannnnnnn
aku tak hilang...keje aku yg buatkan aku invisible utk seketika...
aku tak hilang.....si lakhanat yg berkereta di office aku tapi mengaku takde kereta yang buat aku invisible juga....
aku tak hilang...aku demam pon ye jugak....
aku tak hilang..katanye aku ni kene pembawakkan budak (dont get me wrong...) pembawakkan budak dari adik ipar aku..bukan aku yg pregnant ye...
aku tak hilang...aku follow semua cite kat blog ni..cuma aku tak sempat nak update...
aku tak hilang....aku mcm nak join la 7 mac ni tapi wan ajak aku balik klate...
aku tak hilang.......aku bukan takmo join.....cuma masa dan keadaan yg tak mengizinkan...wish i can cut myself into two pieces
aku tak hilang..aku tak hilang....aku tak hilang :)

Thursday, February 26, 2009

CUIT - CUIT

kelakar gk bl tgk org politik ni bergaduh.........
dlm dewan bergaduh mcm nk rak....pastu bl time mkn cm mkn berdamai lak.....
kelakar......kelakar........
tapi ape yg lebih menyedihkan lagi ialah bila orang melayu sesame sendiri bergaduh......maki memaki.....carut mencarut.....dll......kutuk melayu sendiri....dan bangsa lain???????
HANYA KETAWA........melihat gelagat orang melayu ni berpolitik......

OPPPPSSSSS......aku ni bukanlah orang politik......tapi aku malu tgk pemimpin kita yg asyik hendak mencari salah orang.....tak kira la dia tu umno @ pembangkang.....2-2 sama jek....
dan yang menjadi mangsanya.....tentulah BANGSA MELAYU tu sendiri.......kita tak tahu yg bangsa lain bersorak bila melihat bangsa kita saling membenci....bergaduh.....bertikam lidah.....takkah kita lihat kebanyakan negara yg kacau bilau akhirnya akan jatuh ke tangan kuasa luar??????

come on la........bangsa melayu hanya memerintah 1 negara saje.....MALAYSIA.......sepatutnya kita sedar ttg perkara tersebut.......bangsa lain hanya menunggu masa jek utk meruntuhkan bangsa melayu nie.....cuma pemimpin kita jek yg tak sedar........sedih bila tgk mcm2 cerita yg kurang enak keluar berita.....dari kisah peribadi sehinggalah cerita karut-marut.....semuanya dijaja hanya dgn 1 tujuan.......ape tujuannye......LU PIKIR LA SENDIRI.........

sepatutnya kita ni bangsa melayu sedar.......kita ni dlm dunia skrg hanya golongan minoriti saja.....dan wajib kita menjaga sesame kita....jgn sesekali berniat utk menjatuhkan.....menganiaya dan sebagainya kpd bangsa kita sendiri.....untung kita mempunyai sebuag negara utk ditadbir....dijaga......cuba kita fikir klu bangsa melayu ni hidup kt negara lain.....contohnya.....jiran terdekat SINGAPURA.........cuba kita tanya org melayu singapura.....senang ke susah hidup dlm negara yg diperintah oleh bangsa lain........cuma kita jek yg taknak faham......

so.....beruntunglah kita ade sebuah negara yg aman....damai.....kaya.....dan wajib kita semua mempertahankan kedaulatan negara kita.....buat pemimpin kita....tak kira dari parti politik manapun.....WAJIB bagi anda utk mempertahankan negara bangsa melayu ini dari jatuh ke tangan bangsa lain yg belum tentu lagi blh memberi kita ape yg kita ade hari ini......

walau berperang.....bertekak......mencaci....dsb......ingatlah jgn sesekali kita mengkhianati bangsa kita sendiri........


from : ANTI-war.....

Wednesday, February 18, 2009

kene block..??

ala.. ruangan comment sudah di block.. mcm mane aku nak comment.. hehe.. gambo2 gathering smlm akan diupload dlm masa terdekat.. n sory xdpt join kat uptown.. condition azea xberape nk elok la..

mau kasi bowling players panassss skit...ni mereka2 yg sudah turun training.
Venue: U-Bowl, OU Damansara
Bila: dah lepas daaaa

So team KL dah tau siapa yg boleh ditambat jadi ayam tambatan, & siapa boleh dilepas jadi monyet terlepas... jumpa di Melaka...Melaka..Meeeelllaaaaakaa...!!

tolong jangan jadi agass

rakan-rakan sepersekolahan / seperjuangan / segabanan dll...

Aderpun blog ini dibuat khas untuk mewujudkan rase kasih sayang serta semangat cinta & rindu pd zaman persekolahan kita di samping rakan-rakan yang masih wujud di muka bumi ini. tidak wujud sama sekali persaingan 'kurang sihat' antara bekas-bekas pelajar ssi yg masih bertapak di jb mahupun sudah bermastautin di kl / selangor. diharap semua tolong sematkan di dalam jiwe & saluran otak masing-masing bahawa kita pernah bersahabat, masih bersahabat & insyaAllah akan bersahabat sampai bila-bila. Jadi, tolong jangan jadi agas & please respect each other... Love you all...

Friday, February 13, 2009

mari campak bola bowling..

haha.. wahai geng2 yang berada di sekitar malaysia.. setelah perbincangan & pilihanraya kecil dibuat.. sebulat suara.. (xder la bulat sgt.. bujur mungkin) telah bersetuju utk menajamkan skill permainan bowling sebelum berhadapan ngan bebdk jb yng xberape tera di mahkota perade, melaka kelak.. n setelah mengambil kire beberape faktor yg dirasakan perlu diambil berat.. kite lyn kat OU.. so, maklumat details seperti berikut:

Venue : U-Bowl, One Utama
Date : Tuesday, 17 February 2009
Time : 8pm
Anda semua dijemput hadir.. kite akan mengamalkan system walk in or booking.. semuanye bergantung kepada permintaan.. so, sebarang pertanyaan sila hubungi Mr Kudin or Mr Jass (Birthday boy) atau post sahaja di ruangan "comment".. da.. c ya..

# Utk perhatian, kenyataan ini tiada kaitan ngan unsur hasutan yg bole menghancurkan keharmonian & ditahan ISA.. (dah masuk dah sikit2 unsur utk penyampaian sajak nanti.. hehe..)

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR JASVINDER SINGH

Jasku, semoga pjg umur & murah rezeki sentiasa. Kami sayang kamu...

Monday, February 9, 2009

Jom Main Bowling, Minum Air Mangga, Makan Ikan Bakar Di Melaka Lepas Tu Balik! (JMBMAMMIBDMLTB!)

Apa khabar semua? Diharap 'situasi' sekarang ini tidak akan merapuhkan persahabatan kita dan akan lebih berarti lagi.

Seperti yang telah dicadangkan oleh Nana dan Wan Toyol, serta diperincikan oleh rakan-rakan kita, SSIJB'98 akan menganjurkan program sehari;

JMBMAMMIBDMLTB!



Tarikh:
Program ini akan berlangsung pada minggu pertama bulan Mac, iaitu pada;

Sabtu, 7 Mac 2009

Mengambil kira penyertaan dari semua rakan, tarikh ini diharap akan dapat meramaikan kehadiran semua terutamanya daripada rakan-rakan di JB, atau dengan tepatnya TEAM JB.

Tempat:
Melaka; tengah-tengah.


Ikan bako di Melaka sangat layan wa cakap lu beb. Tak tipu.

Aktiviti:
Aktiviti utama program ini adalah Main Bowling yang bertempat di Mahkota Parade, selain Minum Air Mangga dan Makan Ikan Bakar. Dengan sukacitanya, Jass dan Maliah telah berbesar hati untuk mengatur-susun aktiviti tersebut supaya berjalan dengan lancar.


Cabaran bowling tutup mata, ada berani?

Disamping itu juga, untuk menambahkan value added (dengan izin), acara Pendeklamasian Sajak akan mengambil tempat bagi semua rakan. Temanya adalah Persahabatan atau Keharmonian Global. Deklamasi ini akan diselitkan pada malam aktiviti Makan Ikan Bakar, ringkas bersahaja.

Kita semua harus ada cakap-cakap hati untuk diluahkan, jadi diharap semua akan senang dan lebih relaks melontarkan isi hati tersebut.

Susunan aktiviti JMBMAMMIBDMLTB! seperti berikut;


Penyertaan:
SSIJB'98 mengharapkan penyertaan yang sihat dari semua rakan untuk menjayakan program ini. Senarai penyertaan akan dikemaskini di dalam blog ini, dan tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 27 Februari 2009. Ini bagi memudahkan rakan kita untuk booking lane untuk bowling dan booking meja untuk makan dan minum.

Sila kemukakan nama anda di ruangan Comment di bawah untuk menyertai program ini, atau SMS sahaja ke Jass dan Wan Toyol.

Bayaran:
Bayaran akan dikenakan sama-rata semasa aktiviti berlangsung berdasarkan jumlah penyertaan, atau Bayar Sendiri-Sendiri (BSS).

---

Dengan ini, semua diharap akan bersama-sama turun di Melaka nanti, talifon rakan-rakan kita yang tertinggalkan, ajak mereka bersama, pujuk mereka jika perlu. Tujuan kita adalah satu; untuk menjadikan ia lebih berarti lagi, seperti yang dulu.

Saturday, February 7, 2009

We have seen enough.


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Period.

Thursday, February 5, 2009

Jom Lepak Minum!

MMSL esok jam 9mlm at Uptown, port biasa.
Sesapa yg nk pic reunion aku akan bagi dvd esok.

Dilla tak bole.

Monday, February 2, 2009

Memo #1

Pengumuman aktiviti dan program yang sepatutnya diumumkan hari ini ditunda atas sebab-sebab tertentu. Terima kasih.