Friday, September 26, 2008

perjumpaan senat yang sudah terjawab

phewww finally..finally terjawab persoalan siapakah wan sidek...hahaha owhhhh dia rupanye...
nana: aku ingat..aku ingat dia ni kadet bomba kan
me: ha ah la..btol la tu
dilla: ehhh aku tak boleh recall lagi la...
nana: eh wan, kau kadet bomba kan
wan: eh bukan la aku kadet polis inspector lagik (insp. kalau tak salah yg aku dgr la)
hahahahahahaha ada la lagi beberapa soalan yg si nana ni tanye kat si wan tu tapi tak payah la aku cite kat sini...so dengan kesempatan itu jugak...aku pon mensnap la gambar budak2 yg datang semalam....termasuk la si nana n dilla yg tak ketinggalan nak jugak bergambar ngan si wan tu.....bahan bukti katanye...so ikeen ko kene percaya sebab dah ada gambar..ni bukan edit2 punye gambar ni...hahahaha


apa jugak la yang si dila cakap tu..aku geram btol ngk anak si shukor ni la..bila ntah anak aku nak kuar

frust mintak nes ice dpt nes tarik...gelabang la abang air tu

itu dia man of the nite...mr wan sidek..

korang mmg mcm buat iklan colgate

the evidence


Bliss!

I have come to the conclusion that "The best antiques are old friends", its true because they know who you are; inside and out, the good and the bad.. so last night we have new additions to the family..

Shukor Aidil & Wan Sidek

Shukor and his family came a long way from Seremban, and we appreciate your passion to join us in this second session of BPSB, thanks beb! By the way, he brought over his wife (which aku tak tau nama, nk tanya lebih2 kang, shukor marah plak) and his angelic kids..

Me: Wahh, cute eh anak ko
Shukor: Biasa la beb, baka baik punya, kena pandai pilih..
Me: ada baka lebih up la kt aku sorang dua
Shukor: hahaha


eeeeeeee nangisss.. haha!

Wan Sidek @ Wan Kuali; a name that always keep 'the girl' wondering. He always give us a surprise over the years; stupid accident and get unconsciousness, the scandal, the case.. missing for over 5 years tup-tup muncul duduk kat Shah Alam.. I do think that make him sexy on his own, no?


Wan Sidek and his blood buddy (Shiz peluk mcm nk 'terkam' je?)

last but not least, a blessing joy for those who had spent time with us last nite; Shiz, A'an, Shukor & Family, Syed Atan, Kudin, Wan Sidek, Aireen, Pitt, Eddy Tiger, Dilla, Nana & Jas


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin!
cau cin cau!


Thursday, September 25, 2008

BPSB: Texted

Atan Syed: Akum..bro,mlm ni upacra kul bpe?

Mod: Pkul 7.30 smpi 10, lu turun la beb, last kopek ni

Atan Syed: Ye ka..wa rs2 trun kot.wa gn shukor..kt kl sntral yg aritu kta lepak ke?

Mod: Ha cantek, wa caya sama lu! Bwk m16 skali

Atan Syed: Apa la m16..army skrng x pkai da wei..rs2 rmai x trun?

Mod: InsyaAllah ramai, yg ptg komitmen tu beb

Wednesday, September 24, 2008

The best spelling bee ever...



Nape mase kiter sekolah dulu spelling bee takde ekkkk....

Tuesday, September 23, 2008

Last call! BPSB @ KL Sentral!

Sila refer pada Poll: Buat kat KL (56%), Buat kat JB (39%)..

Ni nama dah naik, pandai2 lah eh
Jas, Shiz, A'an, Kudin, Aireen, Dilla, Nana, Maliah, Pitt, Wana, Eddy, Liza, Shukor.. dan Special Appearance by Wan Sidek!


Tarikh: Khamis ni (25/9/08)
Masa: 7.30pm - 10.00pm

so kali ni buat kt KL, tengah2, senang, kalau taknak drive bole naik LRT, dah sampai sana call Jas, dia bole pick up, hehe.. location map spt di bawah:











jadi, InsyaAllah kita ramai2 berjumpa di sana mengambil berkat sebelum tibanya Syawal.. haa Shiz! bawak popiah tu, kalau tak lu kene banned dgn wa..

Monday, September 22, 2008

Kerja & Keje

Sambungan :

aku rasa nak qada hajat pulak. Mengelabah aku cari tandas kat mana. Rupa-rupanya kat plaza tol tu takde tandas. Mana aku nak buang sisa kumbahan aku ni? dengan expertnya aku pun merempitlah melilau mencari pam minyak yang terdekat. Hampeh betul, nama je bandar seremban, puas aku cari tapi semua pam minyak tutup. Dlm hati aku cakap apa org seremban ni tak biasa kuar malam ke? Bukan pam minyak je yg tutup, kedai makan ongbak 'tomyam' yg slalu buka sampai tahrim subuh pun tutup. aku nekad, setahu aku yg ada tandas 24 jam free ni kat plaza tol je so, aku pun trus highway smula keluar exit PD. sangkaan aku tepat dan aku berjaya melaburkan bijih timah aku kat situ untuk selamanya.

Aku pun ckp kat member-member aku supaya melepak kat situlah sampai pagi sebab senang ada tandas free (maklumlah penganggur terhormat mana ada sen). Sedar tak sedar dah pkl 7.00 pagi. aku dengan mata yang bintat sebab x dapat tido dengan lemah gemalainya masuk dlm tandas untuk mandi @ cuci muka dan salin baju untuk pergi interview kerja.

Aku sampai kat sepital tu dlm pkl 7:30 pagi dan jabatan tu blum ada org lagi so aku pun pergi sarap dululah. denag berbekalkan baju kemeja dan seluar slack yang x bergosok aku pun selamba je pergi santap kat kedai blakang sepital tu. aku masuk balik jumpa bos lama aku dalam 0915 WIB. aku trus dibawa ke bilik interview. member2 aku masih lagi melepak kat kedai makan tu tunggu aku.

Aku ingatkan lama, rupa-rupanya tak sampai 20 menit je aku diinterbiu. dia cuma tgk sijil aku je. Aku diterima berkerja disitu dan bos lama ku suruh aku start esok. GILA!! mana aku bawak baju lebih. Takkan aku nak pakai baju yg sama selama seminggu, jatuhlah saham aku pada budak nurse yag lawa-lawa kat sepital tu. So, untuk mengelakkan dari kejatuhan saham tu aku pun ckp aku boleh start minggu depan. bos lama aku pun stuju dan aku pun apa lagi, baliklah.

Saturday, September 20, 2008

aiyooooo tak havocnya tanpa aku kan

adoiii lame dah tak jenguk blog....ha sedey la ni..korang arrange meeting time aku sakettt plak tu...huh bulan ni aku la org yg paling beraya skalik...masuk minggu depan dah 3 minggu aku mc....lagi seminggu tu mmg dah confirm la aku cuti raya kan..tapi aku cuti kat KELANTANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN....adoiiii yaiiiii so tolong la ek..kalau agak nak ajak buka pose lepas buka tu kan.....tolong la....arrangekan la sumwhere in kl gak...ye la...pastu kalau korang nak buat kat jb..buat la....tapi aku takde la...hwaaaa....emmmm yg suruh buat time weekday tu kan...kalau dah cadangkan tu..tapi tak datang jugak aku tak tau la...kudin...ko arrange skalik bagi weekday punye....ngk yg tukang cadang tu datang ke tak...bak kata si nana kan...yes yes coconut...

Friday, September 19, 2008

Kerja @ Keje

Lepas aku abis blajo kat Uitm aku trus dpt keje kat sini (Sremban). Aku baru bgn tido pg tu tetiba bos lama aku call tanya samaade aku berminat keje kat tempat dia. Aku yg sememangnya pengusaha anggur terhormat masa tu (penganggur), ( syok jugak makan tido je keje aku) kompom lah dgn bos lama aku next week aku dtg interview.

Berbekalkan cepai kesayangan aku dan member-member aku, kitorang bertolak dari JB pkl 10 mlm dan sampai soromban pkl 3 pagi. Dahlah ujan, sejuk pulak tu.
Aku lepak kat plaza tol sampai pagi (sementara tggu pkl 8 nak interview) nyamuk punyalah banyak, ubat nyamuk x bawak guna rokok je, mana boleh tahan. 2 kotak malboro 20 soft pek abis mlm tu. Nak merayap x tau nak g mana.

Tgh melepak, tetiba...

Thursday, September 18, 2008

i was there but not really there.

a tale of a fisherman according to nana. circa 2003, i think. did angie really think that the song was difficult to learn and i was showing the right way to play it, in the first place?. did she not aware of the fact that i was having a hard time in holding the right chords?. or she was like "lynkn je mamat ni"..haha...

this is the only surviving photo in my possession. perhaps, i was better looking spotting long, shiny black hair that most of them decided to keep my photos instead. (bwekk). and to all of those present that nite, Do Not, i repeat, Do Not Reveal Anything. read the title and keep it to yourself.

mr khai, i know u can't help it. strike now. hehe.

Wednesday, September 17, 2008

MMSL 160908

Kitaorang@Uptown
**Cik Nan, Wan Sidek aka Wan Kuali tak menghadirkan diri arr semalam.. kamu jgn kuciwa taw! ahaks...


AMARAN!

Ada seseorang (atau lebih) yang menyamar menggunakan nama samaran yang sama di dalam Chat Box awal pagi ini seperti berikut:

Cikgu Patonah, Outkhai, a'an, Wan-S dan Wan-Sidek

jadi tolong lah beb, gunakan nama samaran yang sebenar.. kita ni semua dah besar panjang, takkan gua nak maki-maki kat sini plak..

terima kasih dan selamat berbuka.

Monday, September 15, 2008

Rezeki jangan ditolak: MMSL @ Uptown Damansara!

We're going to have 'teh tarik' session at Uptown (Steven's Corner) tomorrow night (Tuesday) at 10pm onwards. Anyone who interested to
consume chicken chop for sahur, please don't hesitate to drop by because this session will be fully sponsored by Farhan & Wifey.


tak pernah2 nk open table ni, mesti ada 'sesuatu' ni.. hmm


Friday, September 12, 2008

BPSB @ Syed Bistro, Kelana Jaya




Ada orang tu kena beraya kt Kelantan.. huhu


Thursday, September 11, 2008

Ni la sedikit sebanyak profile aku...

Wednesday, September 10, 2008

Farhan & Azealea




I smell bun in the oven, no?


Tuesday, September 9, 2008

NAK MARAH LA NI

ha ni ha...nak hekotkan ramai yg kan kene smash ni......sket punye ramai yg nak join bsbb
tapi bape kerat jek yg datang....adoiii yaiiii...yg siap kata nak bawak askar pon tak datang tu yg masalah tu..sapa nak jawab tu...takkan tukang arrange kene jawab kot....hahahahhahaha dah sebagai denda...sapa yg tak datang kene arrange open house kat umah memasing (applicable for those yg tak datang je) ahahahaha emmmm perjumpaan yg lepas kitorang dah buat cadangan dimana setiap perjumpaan kene bawak majalah skolah bagi mengelakkan confuse...ye la dah lame tinggalkan skolah...mane nak hengat nama, muka pon dah tak hengat..so senang...refer jek majalah skolah.....ha wana..ape lagik publish gambar org yg datang bsbb...proove yg kite datang

Friday, September 5, 2008

Location Map BPSB!


From KL/ S.Alam/ Puchong/ Kebun Teh

Wednesday, September 3, 2008

Jom BPSB!

Korang ni betul la, semangat bulan Ramadhan tu patut ditekankan pada peri-pentingnya penghayatan dan pengukuhan iman, bukan pada perlakuan nafsu serakah..

ecehhh.. :p

ok ok.. bab2 buka puasa ramai2 ni sbnarnya bg aku dh habis musim sbb..

mana nk meredah jam lepas kerja,
mana nk cari jalan,
mana nk order,
mana nk tunggu makanan,
mana nk baca doa buka puasa,
mana nk solat maghrib,
mana nk terawikh.. dan sebagainya lah..


jadi, aku cadangkan kita buat;

"Buka Puasa Selepas Berbuka (BPSB)" yay!!



concept dia senang je, katakan buka dalam 7.30pm la, kita akan BPSB satu jam selepas yaitu pada 8.30pm, so takdela rushing sangat, dh makan sikit, solat maghrib then dlm 8.15pm tu dh cara la tgu kat sana..
aku taknak janji 8.30pm datang 11.30pm, apa kejadahnya semua ini??

cadangannya seperti di bawah..

Tarikh: Ahad, 7 September 2008
Venue: Syed Bistro, Kelana Jaya
Masa: 8.30pm


tetapi!! ingin ditegaskan disini..
yg nk join tu kena ramai laa, kalau setakat 5-6 kerat baik x payahle yob! so pada sesiapa yang nk join sila confirm kan kedatangan Encik/Cik/Tuan/Puan di dalam Message Box..

ni hah, nama yang kena datang aku dah kasi up, jgn buat2 derk je.. yg dh kawin tu bwklah husband or wife skali, yg belom tu bawaklah pasangan kalian.. yang lain2 tu yang nk join sila datang, jgn malu2, boleh call Jas atau saye eh..

Jas (jas aku letak no.1 tu beb), Shiz, Farhan, Aireen, Syed Atan, Eddy, Sam, Syukor, Siti Salwana, Dilla, Maliah, Nana, Liza

jadi, kalau korang ada cadangan atau bantahan sila kemukakan dengan pantas dan jitu! masa dh time ni.



CONFIRMATION UPDATE!

1) Syukor, Wifey & Soldiers
2) Khai

3) Aireen & Hubby
4) Dilla
5) Nana
6) Maliah

7) Jas
8) Syed Atan & Wife (tbc)
9) Farhan & Wife (tbc)