Tuesday, October 28, 2008

SSIJB'98 REUNION



Tarikh / Masa:
Tarikh yang telah dicadangkan adalah pada pertengahan Januari tahun depan iaitu pada 16, 17 dan 18 Januari 2009 yang jatuh pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Acara rasmi/program akan hanya bermula pada tengahari Sabtu dan akan tamat pada keesokan petangnya, Ahad.

Lokasi / Tempat:
Seperti yang telah diputuskan, Jawatankuasa Reunion'09 telah sebulat suara memilih destinasi Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai lokasi pertama SSIJB'98 Reunion.

Tempat kediaman yang dicadangkan adalah sebuah Banglo (atau lebih) yang berdekatan dengan pantai dan Jawatankuasa juga mengambil enteng isu-isu keselamatan dalam program ini berkenaan dengan lokasi tersebut.

Port Dickson dipilih kerana ia terletak ditengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kedua-duanya mengambil masa kurang 2 jam untuk ke destinasi tersebut.

Bayaran:
Bayaran penyertaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

(1) Individu sebanyak RM 177.00
(2) Couple/ Berkahwin (tidak lebih daripada 4 orang termasuk anak) sebanyak RM 300.00

Bayaran ini hanya meliputi bayaran tempat kediaman dan makan/minum selama 2 hari 1 malam.

Semua bayaran perlu dibuat sebelum 30 November 2008 kepada;
Fadzilah Bt Jabar, Maybank 1510 1621 3702.
(fadzilah.jabar@alaf21.com.my)

Pastikan nama penerima dengan betul dahulu sebelum meneruskan transaksi. Sila hubungi beliau setelah bayaran dibuat dan nama anda akan dikemaskini di dalam blog. Bayaran selepas dari tarikh tersebut akan ditimbang-tara.

Penyertaan:
Reunion kali pertama ini dibuka kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru (SSIJB) yang menuntut dari tahun 1994 hingga 1998 sahaja.

Peyertaan di atas juga secara automatik dibuka kepada individu yang mempunyai pertalian keluarga (suami/isteri, dan anak) dan rakan-rakan rapat bekas pelajar.

Program/ Aktiviti:
Reunion kali pertama ini bertemakan leisure dan tidak formal. Beberapa aktiviti outdoor yang difikirkan sesuai akan dikemaskini oleh Jawatankuasa terbabit di dalam blog.

Jawatankuasa:
Untuk melancarkan perancangan dan perjalanan program ini, sebuah Jawatankuasa telah dilantik pada mesyuarat pertama tempoh hari:

Pengarah: Jass
Timbalan Pengarah: Aireen
Bendahari: Dilla

Lokasi/ Tempat: Sumi/ Nazib/ Shukor
Keselamatan: Sam
Program/ Aktiviti: Shiz/ Aan
A&P: Kudin

Beberapa jawankuasa dan ahli lain juga akan diwujukan dan dilantik pada mesyuarat seterusnya jika difikirkan perlu.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Jawatankuasa di atas dan sama-sama kita memberikan komitmen total supaya program ini akan dapat dijayakan dengan jayanya, InsyaAllah.

11 comments:

nazib said...

updates >>> 15hb luit tarak la inche...n cane name aku masuk dalam ini gambar? kang tabley commit, jgn mare ya...n 5 years ago, kn ade wat satu reunion...

Anonymous said...

3 rat? byk tu kawan? eco tgh melecet ni

*yellow volks* said...

bak kate pepatah nazib, tgh bulan incik moderator.. mau dh abis duit aku. hehe. 30hb plg lmbt xbley ker?

*yellow volks* said...

eh?jap..jap. ms kiter skool2 dulu yg bt kt bluewave tuh party aper erk? yg pasti bkn party animal eh.

Aireen Osman said...

ermmmm

bastard united said...

comments are noted. However, please take note that the payment is a month prior to the event...so save up from now..

The payment is inclusive of accomadation, food and beverages..

If there is anything extra, it would be returned on a pro rata basis.

Aireen Osman said...

ya benarrr...itu yang aku nak cakap tadi huhuhu

Taiko Pengakap 16JB said...

tuan terutama....accomadation tu mcm maner ekkkk...tak berape clear la info tu...

Aireen Osman said...

en. man, for the time being kami cuba kumpulkan dana dulu...ngk bapa ramai yang nak pegi...emm yang pasti target utama adalah banglo...tapi tak tau lagik bapa biliknya...ada ajk yg kene pegi site (wahhh dah mcm engineer gayanya) nanti buat survey...dlm perancangan jugak kalau boleh nak bagi yg ada anak tu semua satu rumah ye la...kang join ngan bujang2 ni kang bising...lagi la mcm ko tu man ada anak kecik...mcm mana pon kitorang akan cuba carikan tpt yang comfortable n convinient utk semua yang bakal pergi nanti :)

Anonymous said...

hebat la Jass, jadi pengarah...

Anonymous said...

AKUM.................
WEI..AKU BARU TAU BNDA2 NI SMUA.....
PLS UPDATE PD AKU APA PERKEMBANGAN YG XKEMBANG2 NNTI.......

SHARISAL/IJAL/KALOI