Thursday, January 15, 2009

SSIJB'98 Reunion: Detik yang dinanti..

Update!
Transit rumah di Bandar Baru Bangi akan menaja sarapan Nasi Lemak Mak Sambal Mantarp (NLMSM) pada pagi tersebut. Sekian, terima kasih.

- - - - - - -

Hello semua,

Dah tak mahu membebel lagi. Emo lagi.



Kurang lebih 2 hari lagi untuk kita bersama-sama menjayakan SSIJB’98 Reunion pada Sabtu ini. Kita jadikan aktiviti ini sebagai medium untuk bergembira dan melepaskan tensi. Tekanan kerja, tekanan rumahtangga atau tekanan hati dan perasaan boleh tunggu.

Tinggal dan lupakan segala masalah di rumah selama 2 hari semalam dan jadikan Reunion kali ini sebagai sesuatu yang akan dikenang, sampai bila-bila. Kita. Semua.


Disini juga ada beberapa pengumuman penting untuk anda semua:

1) Sesiapa yang berangkat dari JB, bolehlah menghubungi Wan Toyol untuk berkonvoi bagi memudahkan perjalanan.

2) Sesiapa yang datang dari KL, transit bertolak ke PD adalah di rumah Kudin (Bandar Baru Bangi). Anda semua bole tidur atau datang terus di sana pada seawal jam 7.00pagi untuk kita berkonvoi ke sana.

3) Berkongsi kereta adalah digalakkan dan menjimatkan.

4) Semua peserta diingatkan perlu membawa tikar untuk program di pantai.

5) Sesiapa yang ingin singgah bertandang atau melepak, bolehlah menghubungi Jass atau Shiz untuk pemudah cara.


Berikut adalah pelan lokasi ke Banglo Reunion;



Yang datang dari JB dan KL melalui Plus Highway sila keluar ke Exit Seremban/ Port Dickson. Ikut sahaja pelan di atas yang menghala ke Port Dickson/ Teluk Kemang, dan pastikan anda menemui atau melalui 4 lokasi yang utama, iaitu;

1) Tol baru Port Dickson (Selepas keluar Exit Tol Plus)

2) Bulatan

3) Tokong Cina

4) Balai Bomba


Berikut juga adalah program-program yang telah disusun pada Reunion nanti;



Untuk maklumat program dengan lebih lanjut, sila klik DI SINI!


InsyaAllah, Reunion tetap Reunion.

9 comments:

Anonymous said...

kudin, kalau gua free mlm mggu ni, gua leh join ke? singgah drop by je ok ke?

Moderator SSI said...

Dialu-alukan. Bawak anak bini sekali semua.

wan-T said...

kudin....yg dh komfem saing wa sabtu pagi kul 8 @ 9 ikeen sorg jek...zan...apek n family....aidil dgn shahril mybe ptg diaorg gerak dr jb....kaloi dgn hazril x komfem lg...

Moderator SSI said...

ok cara. bwk keta baik2, yg ddk blakang pakai seat belt.

ShizKassim said...

Sesiapa yang dari KL nak tumpang Selian Dari JASS AAN n Kudin, dialu2kan,,,.. MAX 3 pax satu kereta... klu nak lebih..nanti waa tempah lori PAsir..

ShizKassim said...

JANGAN MAREHHH

Aireen Osman said...

jangan lupakan aku ehhh..aku dah hantar surat permohonan dari haritu kat umah kudin lagik..korang tinggalkan aku mmg aku bakar banglo yg kat pd tu ha...hahahhahaha

ShizKassim said...

lambat tinggal...

Anonymous said...

upset gila aku xdpt join reunion ni...
aku dh byr tp last2 mnt ada emgncy prblm yg mn aku dh cb brkali2 elak kn...

anwy,for u guys...have fun...ini mgkn skali je pluang yg ada utk kita brsama lps 9tahun msg2 wat haluan sdiri...

utk organizer,i~m so sori xdpt join korg even dh byr..
aku harap korg yg organize ni akn wat lg aktiviti lain utk SSIJB98 akn dtg...aku cb take part 4 next event....seriusly aku terkilan xdpt pegi....