Sunday, December 28, 2008

tak kenang budi...

ni berkenaan dengan tanah runtuh tempoh hari.wa mmg x puas ati betul..lu org tau bdk askar kna gerak g sana kul 5am..sampai sna kami terus wat ops menyelamat..dgn makan apa pun tidak,apa tah ag ngan mandi...alih2 msuk tv senang cakap askar ni makan je pandai,tgk je org angkat barang..barua tu ad tanya kami ni da makan mkn ke belum???????bila dok atas bukit ni ego pun tinggi..kami x dpt kesan org yg wt kenyataan tu,klu jmpa mmg dipijak lumat.lu org pikiaqq btl2...dia da tentu menumpang tido umah sedara,yg kami dia tau ke tido mna????sedap cakap askar curi barang2 umah diorang..wa mmg x puas ati betul..apa pendapat lu org?bila kita mendongak ke langit,jgn lupa tunduk menyembah bumi...nanti terkehel plak tengkuk tu...mmg berlagak betul org2 sana,ada sorang dua yg bagus..nak dok umah tinggi,sb ap?sbb x mau nak bercampur ngan org bwh..mmg kidpack lock hamlau yg cakap askar ni teruk!!!!!!!!!

Tuesday, December 23, 2008

SSIJB'98 REUNION: Memang berbaloi!

Sebelum kita pergi dengan lebih terperinci, di bawah ini dilampirkan senarai aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada Reunion nanti;



a) Pendaftaran
Pendaftaran akan dibuka mulai jam 11 pagi dan para peserta diingatkan supaya datang awal untuk memudahkan AJK menyusun-daftar peserta ke bilik-bilik yang ditetapkan, juga para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti selanjutnya.

AJK telah sebulat suara melantik Wan Toyol menjadi koordinator bagi peserta-peserta JB dari segi mengatur perjalanan pergi dan pulang serta peringatan untuk pembayaran peserta-peserta tegar JB. Jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi dan hemah.

b) Lunch 1 (Katering)
Lunch hanya akan dihidang pada pukul 12pm hingga 2pm.

c) Briefing
AJK akan memberi taklimat secara tidak formal tentang aktiviti dan program yang akan dijalankan, terutamanya keselamatan.

AJK juga akan melantik beberapa peserta secara lantikan terus untuk membantu memudahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

d) Aktiviti di pantai
Beberapa aktviti telah diputuskan untuk aktiviti petang, antaranya ialah Water Polo, Volleyball, Beach Soccer dan Banana Ride.

Para peserta diingatkan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti ini dan sekali lagi, keselamatan diri dan barang-barang berharga perlu diutamakan.

e) BBQ/ Karaoke: Theme Party
AJK ingin melihat supaya aktiviti Reunion ini akan diingati dan dikenang sampai bila-bila, dan ia mengkehendaki komitmen daripada peserta untuk lebih 'sporting'.

AJK telah memutuskan Baju Sekolah Theme Party sebagai tema utama untuk malam tersebut. Semua peserta dikehendaki memakai baju sekolah, tidak kira apa tema dan concept sekalipun, janji baju sekolah. 'King & Queen' juga akan dipilih sebagai pemenang.


Yatttaaaa!!

Menu yang dicadangkan untuk BBQ adalah seperti Ayam, Udang, Sotong dan beberapa menu sampingan yang lain.

Semua peserta diwajibkan menyumbang paling busuk pun sebuah lagu pada malam tersebut. Tak kira.

Program rasmi akan hanya tamat pada pukul 12 tengah malam.

f) Breakfast (Katering)
Breakfast akan disediakan di tepi pantai yang akan bermula seawal 8 hingga 10 pagi. Breakfast sambil mandi laut pagi-pagi, mantarp!

g) Gotong-royong/ Check-out
Aktiviti mengemas rumah akan dijalankan sebelum check-out supaya tiada caj tambahan atau isu berbangkit dikemudian hari.

h) Lunch 2
Selepas check-out, para peserta akan terus menuju ke Seafood Restaurant untuk Lunch sebelum pulang bersurai.

i) Lain-lain
-Kepada sesiapa yang masih belum lagi membuat pembayaran, sila lakukannya dengan segera, semua dah besar-besar kan?

-Event photographer akan diguna-khidmat dalam Reunion ini supaya gambo tu nampak cun! yay!

-Terdapat sedikit perubahan pada design T-Shirt reunion, dan yang pasti T-Shirt tersebut tiada collar.

-Yang tak nak pergi tu biarlah, takpe kita faham. Baiklah.

-Mansor, Atan, Shukor sekeluarga beserta Man mungkin akan singgah bersama-sama kita nanti.

-Kami yakin akan telus dalam menguruskan segala perbelanjaan, dan diumukan juga di sini, jika terdapat lebihan dalam perbelanjaan, penganjur akan membahagi sama-rata amaun tersebut kepada setiap peserta yang hadir. Sikit ataupun banyak.

-Apasal susunan ayat aku macam poyo kering?

Kemaskini terkini akan dilanjutkan dalam entry yang lain. Terima kasih.

Friday, December 19, 2008

Nana's Wedding Invitation

Rakan-rakan,

NOR ILIANA ABD HALIM a.k.a Nana (5P1) akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, MOHD AFFENDY. (Cehh, ayat tak hengat! *wink*)

On behalf of her, Nana menjemput korang semua untuk datang memeriahkan lagi majlis persandingan raja sehari yang bakal berlangsung pada 27hb Disember ini bertempat di Dewan Tarom, Johor Bahru. So, mark that date ya... :)

And, dear Cik Nana, congratulations and Happy 'Perantin' Baru! Yeay...

Cik Nana comel2 anggun di majlis pertunangannya tidak lama dulu... :p

Thursday, December 18, 2008

SSIJB'98 Reunion: 2nd Meeting (Update!)

PERHATIAN!
Port KL Sentral tu sekarang dh macam haram kena bayo parking la pulak, mahal gila beb; RM3 utk satu jam pertama dan RM2 utk jam seterusnya, tu parking kt KLCC pun tak mahal mcm ni.. bkn sahaja ofc hour, malam-malam pun dia operate jugak.. ni mesti geng2 PBT punya kerja ni, lebeyyy.. Jadi kepada sesiapa yang akan hadir pada meeting malam ini, sila pancung kiri yang palingggg hujunngggg skali, jgn pancung kiri yang pertama, ok ciow! Assalamualaikum. Waalaikumsalamm.





Mari melepak minum beramai-ramai sambil menghadiri Meeting dan mengetahui agenda-agenda terkini SSIJB'98 Reunion pada..

Jumaat, 19 December 2008
KL Sentral (port biasa)
9.00 pm
Meeting kali ini akan menyentuh mengenai program atau aktiviti yang akan dijalankan, senarai kemaskini penyertaan, keselamatan, F&B serta isu-isu yang berbangkit. Ingin juga diumumkan disini, penyertaan SSIJB'98 Reunion yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Januari depan masih lagi dibuka dengan tinggal hanya 8 kekosongan. Jawatankuasa akan menutup penyertaan sehingga mencapai angka ke 40 orang.

Datang jangan tak datang!
Reunion kali ini pasti gempak!

Tuesday, December 16, 2008

SSIJB'98 Reunion: Collar Tee Shirt design.



A good friend of us, Khairil Jepun has come out with such an alluring design for the tee shirt that embrace the concept of Unity and Leisure. So the lion's share has spoken, we will proceed with black color tee shirt and one color printing that is obviously yellow as you may see.

What about the cost?
We are in the midst of finalizing all the cost, but whether the tee shirt cost is inclusive in the package or not, it actually depends on the outcome of the Meeting this Friday night. We shall update you in a flash once the decision has been made.

Who else can purchase that tee shirt?
Anyone, as long as you have the moo.

I have 2-month-old baby, can she ditched the shirt?
Sure thing. Get the S size and send them to dry clean for the minimum of 10 times, then it will shrink proportionately according to the body size.

Again, do you think that black shirt will be ovenlike the baby? Pinky shirt would be great then..
Shut up.

TANAH RUNTUH......SALAH PBT??????

Sejak akhir2 ni kt tlh dikejutkan dgn kejadian tanah runtuh yg berlaku di segenap pelusuk Lembah Klang.........kenape ini berlaku??????.....ramai orang terutama yg menjadi mangsa tanah runtuh asyik menyalahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)......so mari kt lihat....sejauh manakah kebenarannya...........

Firstly.....fungsi PBT adalah utk menyelenggara dan menguruskan pembangunan di kawasan yg telah diwartakan di dalam akta......dari aspek pembangunan pula...mmg menjadi tanggungjawab PBT utk menentukan samada sesuatu pembangunan yg dijalankan di dalam kawasannya mendapat kelulusan darinya @ tidak.....so bila kejadian tanah runtuh ni berlaku....semua pihak seakan2 bersatu-padu utk menyalahkan PBT dalam hal ni.....

Yesssss.....mmg PBT yg mempunyai kuasa utk meluluskan sesuatu pembangunan....ttp adakah umum mengetahui yg pembangunan di lereng @ atas bukit mmg mengundang malapetaka?????....tidakkah kt membaca buku @ yg lebih tepat al-quran????....'bukit dijadikan oleh Allah utk menahan drpd angin dan juga utk menstabilkan bumi ini'........so....kenapa skrg kt begitu rakus membuat pembangunan di lereng2 bukit?????.....think about it......

Dan....siapa yg duduk di lereng2 bukit.....bkn ke orang yg kaya-raya.....berpangkat..... berpendidikan tinggi......kenapa mereka ni tidak memikirkan perkara tersebut???????....malah mereka bangga apabila dapat membeli hartanah di lereng2 @ atas bukit....kononya utk privasi....so skrg ape yg terjadi?????

Kt berbalik kembali kpd peranan PBT.....utk pengetahuan....PBT adalah kerajaan yg ke-3 selepas kerajaan Persekutuan.....Kerajaan Negeri.......so apabila sesuatu pembangunan di lereng2 bkt hendak dilaksanakan....maka developer akan mengemukakan pelbagai pelan kpd PBT....dan apabila PBT menolak....developer akan cuba sedaya upaya berjumpa dgn kerajaan yg lg 2 di atas semata-mata mahu kerajaan yg di atas campur tangan dlm proses kelulusan ini.....so pihak mana yg sebenarnya hendak disalahkan........think about it .........

Lagi satu.....kenapa orang kt suka sangat beli rumah di lereng2 bukit?????.....dulu masa belajar pandai pula kt menjawab boleh ke pembangunan di lereng2 bukit dilaksanakan???....dgn bangganya kt menjawab tidak boleh......tp skrg?????.......think about it...........

So.....kesimpulan drpd ini.......'janganlah kt asyik menunding jari menyalahkan orang lain yg belum tentu salah.... salahkn diri sendiri dulu kerana semuanya berpunca dari cara kt BERFIKIR'............



Adios..............

Friday, December 12, 2008

BOLASEPAK MALAYSIA................

Ptg2 ni boring x tau nk buat ape jd wa pn tulis la mengenai bolasepak malaysia ni....ye...mmg wa peminat bolasepak....tp wa sedih tgk keadaan bolasepak malaysia skrg ni....kenape jd mcm nie!!!!!!?????....mana pegi pemain2 yg dulu wakil sekolah????.....daerah????.....negeri?????

Pada pandangan wa........

Bolasepak malaysia ni x maju disebabkan oleh beberapa faktor....antaranya....

1. Tiada kesinambungan bila seorg pemain meningkat dewasa.......drpd umur bwh 12....bwh 15....
bwh 18.....dn seterusnya......

2. FAM sendiri keliru dgn keberkesanan dan program yg dia buat sendiri......

3. Sepatutnya ada program dr peringkat remaja sehingga dewasa....baru la ada pelapis.....

4. dan yg paling penting skali tiada PAKAR PEMAKANAN...........


kenape wa highlightkn PAKAR PEMAKANAN..........

cuba kt tgk atlet luar negara.....semuanya badan dn otot2 diaorg tegap2 belaka.....kenapa?????sebab makan minum diaorg ade doktor pemakanan yg jaga.....kt malaysia????....lu pikir la sendiri......wa cite experience wa msa main bola utk johor dlu....

ktorg sarapan mkn mee siam goreng....dgn air teh o......cuba korg bygkn....nk perah kudrat ktorg pg2 utk training bola hanya dgn srpn sebegitu........tgh ari mkn nasi campur yg entah dr mane diaorg msk.....ptg minum teh o lg dgn sekeping kuih.....mlm same mcm tgh ari......mcm tu ke nk pulihkn tenaga setelah berhempaspulas ktorg dilanyak dlm training......maka.....esk......masih ade ke lg tenaga yg nk digunakan?????

cuba kt tgk kt internet @ ape2 bhn bacaan dr luar negara.....mcm mana seorg pemain bolasepak makan......wa bg contoh.......kt arsenal.....x caya buka internet.......


sejak dr peringkat umur bwh 12 tahun diaorg dh amalkan pemakanan yg sihat dan berkhasiat.....

pemain bolasepak kt arsenal ni pg diaorg smpai kt tpt training....diaorg srpn mkanan yg berkhasiat contohnye....roti bakar....daging....minum susu....semuanya disediakan oleh tukang masak yg dikawalselia oleh pakar pemakanan......pemain malaysia?????....sebelum sampai tpt latihan....diaorg g srpn kt kdai mamak dlu....roti canai.....yg dimasak menggunakan minyak yg byk kolesterol.......minum...teh tarik......byk cafein.....compare it?????

tu baru wa bg satu contoh perbandingan ttg pemakanan....belum yg lain lg......bkn ape....
walaupun wa x selalu mengikut perkembangan bolasepak tempatan ni....tp wa sedih tgk tahap permainan pemain2 malaysia skrg.....klu dlu dgn singapore kite meng'kotak'-'katikkn' diaorg....skrg tgk....ape dh jd????.....dgn myanmar pn kt sakit nk menang.....

ok la....wa chow dlu....ade tugas negara........

'MALAYSIA BOLEH'........

Wednesday, December 10, 2008

Remember Our School - SSIJB

These picture is taken from MEASAT (Malaysia Satelit)

Friday, December 5, 2008

SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2008 MASIHI/1429 HIJRAH

Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t., kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya jua,
kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan serta
kesihatan untuk kita sekali lagi bersama-sama dengan umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha.

Pada 08/12/2008 masihi, umat Islam di seluruh dunia merayakan Aidiladha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban iaitu hari yang menyatukan kita untuk bersama-sama melafazkan takbir dan tahmid, sambil mengukuhkan lagi kesedaran betapa Allah s.w.t itu Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha Kaya. Perasaan ini lahir dengan sendiri apabila kita melihat dengan penuh keinsafan akan rahmat dan nikmat Allah s.w.t yang melimpah ruah di negara kita ini.

Pada zahirnya, hari ini adalah Hari Raya untuk kita bersukaria, tetapi pada hakikatnya ia adalah hari ulangtahun untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang telah di perintahkan oleh Allah s.w.t untuk mengorbankan putera kesayangan baginda sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. dan kesabaran Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Bagi saudara-saudara seagama yang telah diberikan rezeki dan peluang untuk ke Tanah Suci Makkah, mereka menyambut ulangtahun pengorbanan ini dengan melaksanakan ibadah haji. Manakala bagi kita yang berada di tanahair pula, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., bermula dengan Takbir Aidiladha sejak terbenamnya matahari pada petang 9 Zulhijjah, solat Aidilfitri serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Zulhijjah

Ibadah korban disyariatkan dalam Islam berpandukan ayat Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Kauthar ayat 2, yang bermaksud,
”Maka, bersembahyanglah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah binatang (sebagai tanda kamu bersyukur).”
Nabi Muhammad s.a.w sangat menggalakkan kita melakukan ibadah korban kerana ibadat ini mempunyai banyak hikmah dan kelebihan. Diantaranya ialah orang yang berkorban akan mendapat pengampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan, akan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah s.w.t dan juga akan dapat menambah amalan kebajikan.

Justeru, konsep berkorban yang luas intipatinya, mempunyai hubungan yang rapat dengan kita seluruh warga SSIJB98, yang telah diamanahkan peranan dan tanggungjawab untuk menjaga keamanan serta keselamatan negara ini. Kesanggupan kita mengenepikan kepentingan diri sendiri dengan mengutamakan masyarakat dan negara,
adalah merupakan satu bentuk pengorbanan yang amat tidak ternilai.

Kesanggupan kita berkorban sedemikian rupa akan terpancar, apabila kita benar-benar yakin dan beriman bahawa segala sumbangan, pengorbanan dan khidmat bakti yang kita curahkan adalah kerana Allah s.w.t,yang akan dibalas dengan ganjaran yang lebih baik iaitu pahala yang besar disisi-Nya kelak.

Marilah kita menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan setulus dan seikhlas, budayakan sikap bantu membantu dan bekerjasama dalam segenap bidang yang boleh membawa kestabilan dan keutuhan agama, bangsa dan negara.
Semoga sumbangan kita itu akan diredhai oleh Allah s.w.t dan diterima sebagai amal soleh.

Akhirnya, sekali lagi saya Suhaimi Omar mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SSIJB98 semoga pertalian kita akan kekal abadi selama-lamanya.

Terima kasih.

Thursday, December 4, 2008

you are the company that you keep

Dr. Kameel Majdali. no, i do not know who the heck this doctor is. however the name might sound like a protagonist from a train fight-and-mountain dance hindi movie, the man is irrelevant in this entry. what's important is the title. i wonder if they have this on the shelf of idiot's guide to live like a homo sapien's section. "idiot's guide to make babies" or "idiot's guide to kill your ass-licking colleagues" or whatever, just to name a few. do they have a self-help's on building lasting friendships? no idea.

1001 ways to build lasting friendships. one of it is to organize frequent get-togethers. like we did with futsal, over-coffee conversations and many others. so far, we have succeeded in doing so. a job well done. (and now i'm very sure we won't be needing any help from Dr. Kameel Majdali).

Monday, December 1, 2008

SENDIRI MAU INGAT LA......

REBAH DI LAMAN SENDIRI...........

KENYATAAN YG AMAT PEDIH UTK DI TELAN............


Begitulah nasib team KL......yg seolah-olah hilang arah tujuan dlm permainan apabila tewas mudah @ dlm erti kata lainnye....'jd sayur' kpd team JB dgn keputusan 11-4.........perlawanan di adakan di Ampang Sport Planet pd 29.11.08 (Sabtu) jam 10.15 mlm (lambat sbb 3 kali tukar court...ape la organizer.....penat tau....)


Sedikit komen drpd Team Manager KL.........


" Saya akan mempertimbangkan semula jawatan saya di dalam Team ini....krn dlm sejarah sya yg mula bermain Futsal sejak 3 minggu lepas.....tidak pernah sya tewas begitu teruk dn lebih menyedihkan lg....di tempat sendiri.....walaupun sya telah mengarahkan agen kami utk membawa pemain JB berjalan2 hingga pecah lutut diaorg....ttp diaorg ttp maintain.....lg buat sya sakit ati bila apek boleh score goal....ape ke jadahnye......arrgh....aku x nk byr duit minum korang!!!!!!!....dh la main mcm....'tutttttt''''(x blh display kata2...tkt kna block)......jerit manager KL apabila di minta membayar duit minum oleh pemain KL......"


Sementara itu....reaksi drpd Timbalan Manager Team JB..........


" Saya berpuas hati kerana matlamat asal kami menjejakkan kaki ke KL adalah utk seri jek....tp pemain kamitelah menunjukkan sikap yg positif apabila menyerang sejak dr sessi pemanas badan lg.......saya juga berasa agk terkejut kerana kami hanya menghantar pemain pelapis sahaja ke KL bagi tujuan pendedahan....ttp di balas dgn tahap permainan yg blh diibaratkan seperti pasukan MU.......sya juga akan memprtimbangkan jwtn sya.....apabila cukup undi drpd wakil bahagian....sya akan mencabar kedudukan Manager plak......lg 1.....sya ckp sedih melihat keadaan court yg tidak ubah spt petak sawah yg blom ditanam padinye.....akibat drpd itu...penyerang harapan saya telah 'injured'.....(lutut depan terpusing ke belakang).....sya akan cuba mencari ganti lutut lembu yg akan dikorbankan pada Hari Raya Haji nanti......."



P/S : Terima Kasih diucapkan kpd wakil Team KL apabila telah menjemput kami bertandang ke rumah.....walau pun rumahnya belum betul2 siap......dn juga tlh membawa pemain kami berjalan2 smpai sesat di Genting Highland.........



Kesakitan yg dialami oleh pemain harapan team JB melarat drpd habis game sehingga ke hari ini.....pssst....dgr cite tgh berubat kt Kg.Lukut......

Wednesday, November 26, 2008

SSIJB'98 Reunion: Is RM177 worth every penny?

Let alone shortsighted comments on the bungalow itself. We are open to any criticism, good and bad. But we like to hear the good most rather than the bad. Because why? Because we anticipate the level of thinking at this age is much much higher, maturate. Anyways, we love you guys! Really. No, not really. I don't actually love you like I love my loved one, but I do care for you.

The thing is we were not pushy. We just want this Reunion stuffs can be executed with ease. We make an arrangement, bring your chequebook before dateline and there you go, I'll see you at PD. Easy as 123. We are aware that as much as we grown up, there are million tonnes of commitment under your belt but bear in mind, this event is once in a blue moon.

It was not Raya visit nor wedding reception. No, it is not MMSL, MMKRS, BPSB or even Futsal where we can meet and hang-out at the maximum of 3 hours. Its two days one night for God's sake, and Sam promised to me with his blood to showmanship his singing talent on the first night, or it could be throughout the event I think; day and night. By the way, is anyone knows who is Azah? Norazah Sarkam perhaps?

Enough that part.

Okay, is RM177 worth every penny? Yes! Yes! and Yes!

We had come to the conclusion back on the first meeting, the fees is very reasonable. We don't just simply put the figure. Its RM177 for single person and RM300 for couple, married or family with not more than two children.

First, look at the unofficial program below (subject to change);



The fees is inclusive of rental of accommodation for 3 days, one breakfast and lunch buffet, one set of BBQ dinner, rental of karaoke set and one lunch at seafood restaurant. If the cost is not sky-high, Reunion Tee-Shirt should be on his way.

There are couple of questions on the payment today;


Aishah: nak pegi ker x nak pegi..rasa nak pegi..tapi baby kecik lagi...
kalau tetiba jek ubah fikiran, tapi due date dan xpired...how?...
U can make a booking at the minimum of RM50 (unrefundable) before due-date to secure your spot first, number one.

Number two, payment after due-date; call me for the arrangement, but the spot are insecure.

Kaloi: mcmana klu aku pay 300 then last2 mnt aku pg sorg...ada refund x?
Yes its refundable. we shall return to you the amount of RM123 and I'm looking forward to see you there, with your wife and your son/ daughter.


Come on guys! Its just RM177, its US economy hit a recession, not us?
Okay, thats all for today. Remember, 4 days before the due date!!

Remit your payment at..
Fadzilah Bt Jabar, Maybank 1510 1621 3702.
(dilla299@yahoo.com)

Assalamualaikum.

Selamat Menjadi Ibu

Congrats buat Ellisathul atas kelahiran anak sulung pada 20 nov 2008 dengan berat 3.15kg dia Hospital Sultanah Aminah. Nama Baby Ain Nur Madihah....

Tuesday, November 25, 2008

SSIJB'98 REUNION: Banglo Penginapan

Seperti yang telah diketahui, tarikh baru Reunion telah ditunda seminggu daripada tarikh asalnya iaitu pada;

16-18 January 2009

Penundaan ini adalah disebabkan oleh Banglo yang hot ini



Penundaan kepada tarikh yang baru tidak dapat dielakkan kerana tiada kekosongan pada tarikh asal dan pihak Jawatankuasa merasakan Banglo ini adalah yang paling sesuai dan selamat untuk kita sama-sama memberi komitmen menjayakan Reunion kali ini.

Banglo 14 bilik ini adalah yang terbesar di Teluk Kemang yang boleh memuatkan kira-kira lebih 40 orang dalam satu-satu masa. Terletak hanya 25 minit perjalanan daripada Exit Port Dickson, ia mempunyai kemudahan asas yang sangat selesa terutama kepada rakan-rakan yang telah berkeluarga dan mempunya anak kecil.

Dalam pada itu, ingin diingatkan sekali lagi di sini, tarikh akhir untuk membuat pembayaran Reunion adalah pada

30 November 2008
Single/ Individu = RM177
Couple/ Married = Rm300

Semua bayaran perlu dibuat kepada;
Fadzilah Bt Jabar, Maybank 1510 1621 3702.
(dilla299@yahoo.com)

Jawatankuasa Program, pelagi?? Jalankan tugas!!
Kang wa potong gaji lu org..
Untuk maklumat lanjut, sila click DI SINI!!

SSIJB'98 REUNION: Why, why and why?

Lets just jump to the question, shall we?

Kaloi: alooo....wei,np xamik aprtmnt ke apa ke...yg dkt ngan laut tu....ni mcm tmn perumahan je..leh ke berparti???nnti org sbelah igtkn kite wat parti buih plak....

Please bear in mind that the concept of bungalow is to embody the idea of privacy. Sure you're already aware but just in case, bungalow refers to two-story houses and it has its own gated compound, referred to said bungalow; the front compound can accomodate 25 cars at the very least equally to 1.5 standard futsal court. And that was not a residential house my friend, again privacy and security are both vital.

Ohh ya, can you really throw a party inside one single apartment? Your 28th birthday party perhaps.


Rad: Helo....knp tmpt tu menyeramkan..kan kat PD ada byk apartment...yg dkt ngan poly pun kira ok gak

Should I answer this question? Yes? No?


No.

Rad: aireen knp xamk apartment yg dkt ngan poly....jln kaki je smp laut.. aku dulu kan duk nyewa kat sana masa kat poly dulu

Whats with Poly?? Just move on, let bygone be bygone.

The sea is excatly opposite the main road that requires your fine healthy leg to walk for 118 steps from the front gate.

Wan-T: aireen....banglo 2 dkt dgn pantai x?

Answered. Next.

Wan-T: dilla update skit sape yg dh byr utk reunion

What you see is what you get. At the moment, there are only 6 people who have made the payment, and we are expecting a dramatic increase at the end of this month.

Dont you worry dear, Dilla will keep the list fresh 24/7. You can also request your name to be placed on the first list if you insist anyways.

Wan-T: Bilik ade 14....bilik air?????

Good question. Seven.


Till then, good night.

to whom it may concern

And...... This is to those who did received sms yg tak diundang dr aku tu kan....kecik ati kan dapat ayat zassss mcm tu....mcm tu jugak la aku kecik ati bila korang hantar sms zassss cakap tak dapat nak join reunion...emm one more thing...aku rasa tak payah la korang nak mention nama aku as "MRS. A".. "UNINVITED SMS" or whatsoever ke kan..Post it as AIREEN SURYANA just to make it clear and better! emm ok la...dengan humblenye i feel regret with what i've done and very sorry to u gals....kala bulan mengambang...mcm tu la kaedah emosi aku yg tak menentu kan...i'm sorryyyyy...takpe la tak ada rezeki nak jumpe..maybe next time...cheers

Monday, November 24, 2008

SSIJB'98 Pre-Reunion: MMKRS, FUTSAL & MMSL


"Semua pandang Mannn!!


Jangan tertipu dengan gambar ini,
Team JB ada 7 orang pemain lagi dekat luar court


Nazib merenung jauh nasib Team JB minggu hadapan...




Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program Pre-Reunion kali ini;

Shiz, Kudin, Atan, Sumi, Aan, Azea, Man, Haida, Shahrizan Katun, Fairuzan, Apek, Khairil Jepun, Aidil, Faizal Tonggek, Danial, Ogy, Raja, Radiah, Wan Toyol, Boy, Hazril, Nazib, Ijal Kaloi, Jamil Pak Tongkol, Khairul Syawal dan Wan Sidek

Terima kasih sekali lagi. Jumpa di Ampang Sports Planet!!

PEMBELIAN BAJU UNTUK SSJB98

Sesiapa yang ingin purchase baju Futsal (DESIGN TBA from APEQ AKA KHAIRIL JEPUN), sila buat pembayaran seperti dibawah ini:-

Bank: MAYBANK
Bank Acct No: 151016981070
Nama Penerima: MOHD KHAIRIL BIN MOHD YUSOF
(Betul kee nama ko nie Apeq)
No Tel:+60177277896


Sila SMS details seperti nama anda dan nombor jersey serta saiz dan kuantiti.
Kalau boleh awal beb... Rabu nie nak start buat printing (APEQ KHAIRIL CAKAP)

c/0 APEK aka KHAIRIL aka JEPUN aka MEE REBUS

Futsal Battle of Blood: JB Head Coach Analysis

Kekalahan team KL memang dijangka oleh saya kerana pada dasarnya para pemain team KL agak gopoh dan sedikit angkuh dengan kehebatan team mereka. Didalam press release yang dikeluarkan semalam menyatakan bahaya mereka tidak mahu menggunakan alasan tidak cukup pemain tetapi saya tahu itu adalah satu helah untuk mereka meraih simpati untuk tidak dikutuk oleh para peminat yang mana mereka telah menjanjikan kemenangan bergaya. Disamping itu moral para pemain KL juga agak tercalar dengan ke"cool"lan pemain JB mengawal bola walaupun perut masing agak kehadapan. Pemain KL yang agak terampil pada perlawanan itu cuma Aan dan Atan dan sekali sekala Shiz. Mungkin jika mereka berminat untuk bermain dengan team JB saya terpaksa menolak secara halus kerana pemain2 JB berada dalam moral dan prestasi tertinggi setakat ini.

Ada juga desas desus team KL mengatakan saya mengambil pemain profesional bertaraf *Star* iaitu Khairul Ismail yang memberi kemenangan besar kepada team JB tetapi disini ingin saya ingatkan, semua pemain2 JB adalah star star yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

Nasihat saya kepada team manager@coach KL sila latih pemain anda lagi dan lengkapkan mereka dengan tactical skill yang lebih hebat. Mereka jugak agak goyah di bahagian defence kerana semua sibuk nak score. Ini adalah futsal yang lebih kepada passing and dribbling, scoring is an added bonus.

Nantikan pemain2 JB di KL nanti. Untuk pemainan di KL saya telah menghantar Asistant Manager iaitu En Fairuzan sebagai pengganti saya.

Tahniah Team JB teruskan kemenangan kite di KL nanti.

RESULT 'BATTLE OF BLOOD'

KEPUTUSAN PENUH...............


TEAM JB vs TEAM KL
10 7 (actually 6 jek...tp kapten KL minta
tlg nk bg team KL sorg 1 gol...)

Scorer :
Boy 4 Atan 3 (Betui ke ni???)
Ijal 3 Shiz 2 (ye...ye...jek!!!)
Hazril 2 Adik A'an (import blh la...)
Kapten Kapten KL (saje jek bg semangat)
Pengurus Team JB mengulas......
" Pertama skali....sya mengucapkan syabas kpd team KL krn tlh bermain bersungguh-sungguh dlm 'Battle of Blood' ni....walaubagaimanapun....spt d ketahui umum....team JB tlh pn memenangi pertarungan sengit ini....jgn slh fhm ttg kputusan yg agk dramatik itu...krn kami tlh pn merancang kputusan sebegini bg memberi 'inspirasi' kpd team KL....yela....dtg dr jauh...x kn kami nk 'laukkn' mereka......he...he....lgpn....mereka kami anggap spt 'guest' kami...tp sya tlh mengarahkan team sya utk naik ke KL bg pertemuan 'RETURN OF BLOOD' pd 29 nov ini di Ampang Sport Planet......so 'watch out boy'...we gonna make your life miserable.....he....he...."
GAMBAR2 YG PENUH WARNA WARNI 'BATLLE OF BLOOD'.....22 NOV 2008.....MILLENIUM SPORT CENTRE....KEMPAS JB...JOHOR
Perlawanan pun bermula.....team JB jersi putih......KL itam.......
Gol pertama team JB....hasil jaringan Boy...terduduk keeper KL.....
Aksi bersahaja keeper team JB.....

ni...dh mcm main terompah gergasi jek......





dah kalah terpaksa lah team KL membayar court yek......



Semangat seperti ini lah yg patut d tunjukkan pada 'reunion' nanti.......

Lepas game...ape lg...mamak time lah....tp muka kapten team KL yg 'berduka' akibat kekalahan x dpt d elakkan...he..he...

ATTEMPTED SUICIDE

DRAMA DI HULU TERENGGANU
IT TAKES 3 HOUR TO PERSUADE THIS WOMAN



SHE WAS THERE 4 3 HOURS




LOOK AT HER GAMBLING HER LIFE 4 HER BELOVED HUSBAND THAT UNFAIR TO HER AS A 2ND WIFE...




OH GOD, SHE JUMPED...BUT THANKS ALLAH GIVING US AN ENERGY TO CATCHED HER UP 4 HER TO BEGIN A NEW LIFE




SUCCESS..SUCCESS..SUCCESS..


it was my 1st experience handling this case as a in charge at scene.. thanks to BOMBA DAN PENYELAMAT, HOSPITAL HULU TERENGGANU, and anyone who involved to ensure this woman safe....


proud of my team who r together with me all night long...

Sunday, November 23, 2008

Futsal Battle of Blood: Press Release from Team KL

Team KL ingin mengucapkan tahniah kepada pihak lawan kerana telah menang dengan jumlah perbezaan gol yang tidak boleh dibanggakan. Walaupun mereka mempunyai 5 orang pemain simpanan, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kami berpatah arah dengan hanya tinggal seorang pemain simpanan (minus Khairul Syawal yang taubat nak main lagi).

Pun begitu, walaupun kami ketinggalan pada 7-2 pada satu-satu masa dan bangkit mengikat kedudukan pada 7-7, ini tidak seharusnya menafikan kemenangan walid Team JB yang menjaringkan gol-gol minit terakhir pada kedudukan 10-7.

Sabtu malam, 29 November 2008 di Ampang Sports Planet,
keadaan akan berubah! Tunggu!!

Yang benar,
Azea (wife Aan)
Asst. Team Manager

Zaki and etc

The answer to your questions, who is Zaki Manaf. This chap up here. Congrats to him for tying the knot..cheers..
On another note, team KL has lost the futsal game yesterday nite. Its depressing and its gonna be a gloomy week full of horrendous comments. However, a BIG round of applause to the team members for giving it their best shot. Good job and we will get 'em the next round...
Would also like to take this oppurtunity to thank everyone for making it a successful event.
Till then, Happy Sunday...

Saturday, November 22, 2008

TONIGHT IS DA NIGHT

tonight is da night. spt yg digembar gemburkan since 1mth ago, at last tonite the 1st reunion futsal game between team kl and team jb will kick off. sorry i wont be around. (sob..sob). dont know to support which team la. anyway just wanna wish gud luck to both team. play well. for the loser team, get ready to kene kutuk la next day. hehe..

cheeriio!!

Friday, November 21, 2008

Last minute Issue Window Transfer for JB Player

21 Nov 08, Johor Bahru.
34 hours before Battle of Blood, two of the JB players has already accept a such of amount to play for KL team on 22nd Nov 2008 at Anggerik Futsal Court. This is main factor that the JB organizer dosen't take care of these two players.

Dodi: " No Comment" - that why he eyes closed.
Hazril: "There are lots of Star people playing for JB so I decide to transfer to KL Team"

See you all tomorrow night 11pm for the Match that can't be forget.


Thursday, November 20, 2008

Futsal Battle of Blood: Makan-Makan Kat Rumah Shiz

Dengan ini sukacita diumumkan bahawa En. Shiz Mohd dan keluarga akan menganjurkan Makan-Makan Kat Rumah Shiz (MMKRS) pada tarikh dan tempat seperti di bawah:

Sabtu, 22hb November 2008
Pukul 2.oo petang
Rumah Shiz depan Convent Yahya Awal



Menu yang akan dihidangkan adalah seperti Rojak Singapore, Nasi/ Mee Goreng dan sebagainya, Pot Luck juga adalah digalakkan memandangkan Team JB mesti bawak kaum punya dan tidak akan melepaskan peluang untuk makan free. Team KL rilekkk je.

MMKRS ini adalah bertujuan sebagai pemanas atau warm-up sebelum perlawanan Futsal Battle of Blood yang akan berlangsung pada malam tersebut.

Semua rakan-rakan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Disamping itu, kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai SSIJB98 Reunion boleh hadir untuk mendapat informasi yang tepat daripada Jawatankuasa program pada petang itu.

Sila hubungi Shiz di 012-727 1408 untuk keterangan lanjut.


Battle of Blood: Futsal Match!

Seperti yang telah digembar-gemburkan, acara Pre-Reunion yang ditunggu-tunggu...

Battle of Blood
TEAM KL vs TEAM JB


Wakil dari JB telah membikin panas sejak-dua menjak ini, olih itu wakil dari KL sudah naik hangin dan tidak boleh bertoleransi lagi, maka dengan itu memutuskan 3 perlawanan yang amat genting antara kedua-dua pihak yang akan dianjurkan bukan satu, tapi 3 perlawanan yang penuh onak dan duri yang penuh emosi iaitu pada;

(1) Sabtu, 22hb November 2008, di Futsal Taman Anggerik
(2) Sabtu, 29hb November 2008, di Futsal Ampang Sports Planet
(3) Sabtu, 10hb Januari 2009, di Port Dickson


Perlawanan timbal-balik iaitu Home dan Away adalah sangat getir kerana perlawanan akhir akan ditentukan pada program SSIJB'98 REUNION yang akan diadakan pada awal tahun depan nanti.

Menurut wakil daripada TEAM KL, saudara Mohd Farhan Mazalan, latihan intensif telah disusun dengan teliti sejak awal bulan Oktober lagi yang melibatkan kekuatan dari segi fizikal iaitu seperti Mountain Bike, Triathlon, Angkat Balak Ramai-ramai Lari Tepi Pantai, Masuk Hutan dan Membasuh Rumah. Kekuatan dari segi mental juga dititik-beratkan di mana setiap malam Jumaat semua pemain perlu menghadiri caramah motivasi dari penceramah yang berdaftar.


Buat pertama kalinya, teknik Stretching Cecah Simen (SCS) yang dipelopori oleh saudara Kudin dipertontonkan kepada umum semasa sesi latihan malam semalam.

Sementara itu, saudara Hosnie Md. Noor wakil dari TEAM JB masih terkapai-kapai merekrut pemain-pemain JB dengan tanpa menyedari hari perlawanan semakin santak.

"Saya telah mengadakan satu pertemuan sulit pada petang ini di Kota Tinggi mengenai kesediaan salah seorang daripada pemain TEAM KL untuk bermain untuk kami. Beliau telah menyatakan hasratnya untuk bemain sebagai benteng terakhir kami dan InsyaAllah saya akan membuat pengumuman rasmi dalam sehari-dua lagi".

Biarpun begitu beliau juga yakin dengan strategi provokatif dan cerita gedegang tak hingat akan dapat mematahkan semangat TEAM KL yang super komited.

Sementara itu, mengikut berita yang baru sahaja diterima, coach TEAM KL iaitu saudara Jass menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan sulit tersebut;

"Moral dan semangat berpasukan kami adalah di tahap yang tertinggi ketika ini, kenyataan tersebut adalah semata-mata untuk memecahkan uniti dalam pasukan kami dan saya sendiri telah menghubungi setiap permain dan mereka telah menafikan untuk melompat pasukan".

Perlu diingat bahawa setiap team hanya dibenarkan mengambil SEORANG sahaja pemain import manakala selebihnya adalah daripada bekas-bekas pelajar SSIJB dari tahun 1994 hingga 1998.

Berikut adalah senarai pemain dari tiap-tiap team:

TEAM KL (Coach: Jass)
(1) Shiz (Kapten)
(2) Aan
(3) Kudin
(4) Sumi
(5) Eddy Tiger
(6) Shukor
(7) Syed Atan
(8) Sam
(9)
Wan Sidek
(10) Adik Aan

TEAM JB (Coach: Mohd Norahman Shah Mohd Salleh)
(1) Wan Toyol (Kapten)
(2) Nazib
(3) Hazril
(4) Homaidi
(5) Mansor
(6) Boy
(7) Khairil Jepun
(8) Danial
(9) Yem

(10) Ijal Kaloi

Maka dengan ini, perlawanan ini diharapkan dapat menjadi titik-tolak kepada persahabatan yang erat bagi semua pemain dan pom-pom girl juga. Diharapkan juga TEAM JB jangan berdolak-dalik untuk tidak menerima pelawaan TEAM KL untuk bermain di Ampang Sports Planet kerana TEAM KL pasti akan turun bertemu di Taman Anggerik dengan harapan membawa pulang mata kemenangan!

Mari hadir beramai-ramai memberi semangat!!

Assalamualaikum.

Wednesday, November 19, 2008

GOSSIP YG TIADA ASAS..........

Gambar menunjukkan Khairul Ismail bersalaman dgn agen pasukan All-Star JB (Jepun) setelah menandatangani perjanjian utk bermain dgn team All-Star JB pada perlawanan 22 ni........

Khairul Ismail.....

"Saya ingin memberitahu kpd semua peminat2 team All-Star JB yg sya akn setia kpd team All-Star JB sepanjang hidup sya....lagipn sya tidak akn mengkhianati negeri sya sendiri semata2 utk menerima twrn drpd team KL (Bukan mcm bdk2 KL yg dh lupa asal usul mereka).....sya berjnji kpd peminat2 smua yg team All-Star JB akn mmpamerkan permainan yg mempersonakan dn menghiburkan anda smua....."

Sementara itu...pengurus team All-Star JB.......

"Saya rasa gossip yg mengatakan pemain star saya akn mewakili team KL hanyalah mainan drpd team yg merasakan dia akn kalah sblm berjuang dlm erti kata lain 'Pengecut'......saya ingin tegaskan disini bahawa persiapan pasukan All-Star JB berada ditahap akhir utk perlawanan pada hari Sabtu ini.......moral para pemain berada ditahapyg tinggi walaupun ada usaha dari pihak2 tertentu utk menganggu-gugat kehamonian pasukan kami........"


Sekian....drpd meja Buletin Selatan.......

Tuesday, November 18, 2008

TRIP TO KEDAH

PERJALANAN 2 HARI 1 MALAM....
THANKS TO ALL SPONSOR...



satu jam pertama





setelah 4 jam




tak tau nama tapi benda ni ada kat alor star

sam:kami nak masuk...
jas: auw... seksinya bontot sam... kudin....





makhluk tuhan paling seksi




in memory room 1502 & 1608 di Pearl VieW hotel BukiT MertAjam Pulau Pinang

our victory...

mangsa kehebatan kami
hayatilah...




kami rasa menyesal kerana terlalu memperkecilkan pihak lawan dan kami umumkan bahawa keputusan kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah pasukan kami...
kehebatan pihak lawan tidak boleh dipertikaikan lagi sehingga kami hanya boleh menyentuh bola beberapa kali sahaja selama tempoh 60minit ini.
kekuatan tenaga yang ditampilkan pihak lawan juga tidak dapat kami tandingi dimana masing-masing menunjukkan hikmat nafas kuda tidak terbatas yang menyebabkan mereka tidak berhenti berlari selama 60minit terutama sekali keeper mereka
keinginan mereka merebut bola dengan mempamerkan footwork yang amat tinggi menyebabkan pihak kami hanya berputih mata setiap kali cuba menyerang kubu lawan


DISEBELAH PIHAK TEAM KL PULA






kehebatan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata
biarpun kami datang sebagai underdog tetapi kami telah membuktikan bahawa kehebatan kami membolehkan kami digelar hang hebat dizaman kesultanan melayu melaka..


nantikan....

Sunday, November 16, 2008

futsal futsal jugak....reunion jgn lupa haaaa

For those who missed out the reunion issue...do check the oct topics to get to know more info about reunion, where it will b held? how much need to pay for the fees?and etc..etc lah kan...jangan lepaskan peluang berkumpul beramai2 yeeee wahai kengkawan skolah ku

Friday, November 14, 2008

t-shirt team jb (lagi)


ni design no brape tah, aku pon dh tak igt...(sorila abg khai, byk sgt la)..jgn buang masa, jom start perang dlm comment box!..hehe..

Wednesday, November 12, 2008

true spirit

ni cadangan design t-shirt team JB #1 daripada 647 935 design. khairil jepun @ apek yang design. baru betul semangat sekolah. tak gitu kengkawan team JB?..hehe...(man, ko memandai ckp gue yg sponserr jersey. sponsor hamper UO Superstore bleh ler..)..:-)

Gelanggang sudah dibuka! Ayuh!!


TEAM KL SUDAH BERSEDIA!!


Berdiri dari kiri; Aan, Shiz, Kudin dan Atan
Duduk dari kiri; Jass, Shukor, Sumi, Wan Sidek, Sam dan Eddy Tiger