Thursday, November 20, 2008

Battle of Blood: Futsal Match!

Seperti yang telah digembar-gemburkan, acara Pre-Reunion yang ditunggu-tunggu...

Battle of Blood
TEAM KL vs TEAM JB


Wakil dari JB telah membikin panas sejak-dua menjak ini, olih itu wakil dari KL sudah naik hangin dan tidak boleh bertoleransi lagi, maka dengan itu memutuskan 3 perlawanan yang amat genting antara kedua-dua pihak yang akan dianjurkan bukan satu, tapi 3 perlawanan yang penuh onak dan duri yang penuh emosi iaitu pada;

(1) Sabtu, 22hb November 2008, di Futsal Taman Anggerik
(2) Sabtu, 29hb November 2008, di Futsal Ampang Sports Planet
(3) Sabtu, 10hb Januari 2009, di Port Dickson


Perlawanan timbal-balik iaitu Home dan Away adalah sangat getir kerana perlawanan akhir akan ditentukan pada program SSIJB'98 REUNION yang akan diadakan pada awal tahun depan nanti.

Menurut wakil daripada TEAM KL, saudara Mohd Farhan Mazalan, latihan intensif telah disusun dengan teliti sejak awal bulan Oktober lagi yang melibatkan kekuatan dari segi fizikal iaitu seperti Mountain Bike, Triathlon, Angkat Balak Ramai-ramai Lari Tepi Pantai, Masuk Hutan dan Membasuh Rumah. Kekuatan dari segi mental juga dititik-beratkan di mana setiap malam Jumaat semua pemain perlu menghadiri caramah motivasi dari penceramah yang berdaftar.


Buat pertama kalinya, teknik Stretching Cecah Simen (SCS) yang dipelopori oleh saudara Kudin dipertontonkan kepada umum semasa sesi latihan malam semalam.

Sementara itu, saudara Hosnie Md. Noor wakil dari TEAM JB masih terkapai-kapai merekrut pemain-pemain JB dengan tanpa menyedari hari perlawanan semakin santak.

"Saya telah mengadakan satu pertemuan sulit pada petang ini di Kota Tinggi mengenai kesediaan salah seorang daripada pemain TEAM KL untuk bermain untuk kami. Beliau telah menyatakan hasratnya untuk bemain sebagai benteng terakhir kami dan InsyaAllah saya akan membuat pengumuman rasmi dalam sehari-dua lagi".

Biarpun begitu beliau juga yakin dengan strategi provokatif dan cerita gedegang tak hingat akan dapat mematahkan semangat TEAM KL yang super komited.

Sementara itu, mengikut berita yang baru sahaja diterima, coach TEAM KL iaitu saudara Jass menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan sulit tersebut;

"Moral dan semangat berpasukan kami adalah di tahap yang tertinggi ketika ini, kenyataan tersebut adalah semata-mata untuk memecahkan uniti dalam pasukan kami dan saya sendiri telah menghubungi setiap permain dan mereka telah menafikan untuk melompat pasukan".

Perlu diingat bahawa setiap team hanya dibenarkan mengambil SEORANG sahaja pemain import manakala selebihnya adalah daripada bekas-bekas pelajar SSIJB dari tahun 1994 hingga 1998.

Berikut adalah senarai pemain dari tiap-tiap team:

TEAM KL (Coach: Jass)
(1) Shiz (Kapten)
(2) Aan
(3) Kudin
(4) Sumi
(5) Eddy Tiger
(6) Shukor
(7) Syed Atan
(8) Sam
(9)
Wan Sidek
(10) Adik Aan

TEAM JB (Coach: Mohd Norahman Shah Mohd Salleh)
(1) Wan Toyol (Kapten)
(2) Nazib
(3) Hazril
(4) Homaidi
(5) Mansor
(6) Boy
(7) Khairil Jepun
(8) Danial
(9) Yem

(10) Ijal Kaloi

Maka dengan ini, perlawanan ini diharapkan dapat menjadi titik-tolak kepada persahabatan yang erat bagi semua pemain dan pom-pom girl juga. Diharapkan juga TEAM JB jangan berdolak-dalik untuk tidak menerima pelawaan TEAM KL untuk bermain di Ampang Sports Planet kerana TEAM KL pasti akan turun bertemu di Taman Anggerik dengan harapan membawa pulang mata kemenangan!

Mari hadir beramai-ramai memberi semangat!!

Assalamualaikum.

38 comments:

ShizKassim said...

TUNGGU DAN LIHAT KEHEBATAN KAKI2 BANGKU KTE hahahahaha

$@m said...

lu sampai hati beb letak team jb ayam... walaupun mereka ayam sekalipun, lu tak patut letak ayam katek beb... letakla ayam sabung ke... gua nak main team mana ni masa kat pd nanti? kira kalau gua masuk ni gua umpama supersub la dalam team luorang sebab gua telah mempraktiskan hikmat bangku peringkat 5 jurus 2 dengan powermax 95.9%hp gua...

*yellow volks* said...

beb, mesti ker yem main? hehe

makhluk ijau said...

iyer ar.. semua kene main.. kalau xmain.. jadik referee.. n sape yg dah ader hikmat bangku.. better berlatih dgn gigih hikmat bancuhan air peringkat ker 7 laks.. supaya blh digunakan pada hari perlawanan..

Anonymous said...

rasa nyee mcm team N9 yang menang..

makhluk ijau said...

N9 celah maner dtg xtau..

Anonymous said...

Aku rasa team Skudai lama lagi kuat... ibrahim

*yellow volks* said...

adik yem maner plak nie?

nazib said...

yem? ibrahim? belum penah aku nampak die bersukan lagi...plg byk die berpeluh pon time kelas akaun n time brmanje dgn idola die, abg khai...

Anonymous said...

wan, kau condifent ke boy nak join?

$@m said...

berapa kena bayar beb kalau boy main? daripada lu bayar boy, baik lu import gua yang memang terkenal dengan kehandalan hikmat jaring gol jurus ke 3 pringkat 3 felda air tawar.

ShizKassim said...

Sam, Baik kte bayar RM4/1jam kat mansor suruh die main...dan suruh die sponsor skali bubur die...

Taiko Pengakap 16JB said...

Arghhh moderator berat sebelah la...kipas team kl jek....tapi takpe sebab wa tau sgt lu org mesti kalah...nak plak wa yg jadi coach @ team manager....nanti wa datang sana pakai gold medal yg byk sgt wa menang sejak keje dgn YPJ nie.....memang tahap lauk la nanti korg muahhahahaha

Anonymous said...

alo..alo....
aku bru dpt tau ni....
update la kt aku klu ada apa2 nnti...

sharizal/ijal/kaloi

Anonymous said...

aloo shiz....

Anonymous said...

aloo shiz....

Anonymous said...

korg btul ke nk lwn ftsal ngan kitorg???dh pk msk2 ke???yem main??gila la....
msti korg tem KL lauk psl ada yem,,,,

mizmaleya said...

kahahahahhhaaa....wei aku nak jadi pom2 girl utk dua2 team

yem? hahahahhaa..abislah bersiap sedia disepak terajang oleh abang berahim ini....maklumlah otai ma...khahahaha..

*yellow volks* said...

kahkah.. nazib ko mmg sgt lawak.. berpeluh dlm kelas akaun.. hahaha.. yg plg aku xbley lupe pakai spek itam ms party kelas 5p2

ShizKassim said...

YEM, jgn sampai beras terabur atas court sudah...

Anonymous said...

futsal, futsal gak.. yuran pi reunion dah bayar kee?????????

Aireen Osman said...

ha ah..aku baru nak tanya..tapi dah ada org lein ingatkan kan..emmm cite pasal futsal ni kan..memandangkan aku ada kat kl..of course la sokongan tu pada geng2 yg kat sini...tapi kite kene amik kire gak kekuatan team jb yg ada yem tu ha...adoiii yaiiii team kl..training kene kasik kuat lagik..huh...kalau boleh game nanti korang jaga yem sorang jek...jangan bagi yem bolossss

Aireen Osman said...

tapi kan aku petik balik kata2 si nazib kat atas tu kan..."yem? ibrahim? belum penah aku nampak die bersukan lagi" boleh jadik jugak team kl menang hahaha...

Anonymous said...

cuba korang click laman web nie http://www.ssijb.edu.my/

*yellow volks* said...

cik anonymous, musti ko bc blog nie xsampai abis kan? website tuh dh lamer la.. dyla or man pon ader bgtau.. hehehehe

danies said...

ghai geng ni aku danial,aku ada nampak nama aku kat dalam senarai futsal betul ke nama danial atau ada orang lain yang nama danial

danies said...

hai keng kawan lama betul tak nampak ekau orang semua.apa kabra anda semua.ni baru tau lah ada reunion n ada perjumpaan rakan rakan seperjawatan n sekelas dahulu.anda semua sihat.

danies said...

halo yang berhajat nak lawan team ssi jb ni dah pikir masak masak ker nanti kang sajer jer turun kalah dah satu hal penat.tapi saya tabik lu orang semua lah sebab berani jugak nak lawan team kita orang semua yang gagah perkasa ni

makhluk ijau said...

ala.. setakat team jb.. aper sgt.. kalau dinilai time sekolah dlu mgkn la gagah perkasa.. sepuluh tahun telah berlalu.. mcm2 leh jdk.. lu pikir la sendiri.. hehehe..

*btw.. welcome to danial, kaloi & xlupe gaks.. yellow volks (yg aku pun xtau sape sebenarnye..)

makhluk ijau said...

ok2.. skang baru aku tau.. gupe2.. liza telah bertuka nama.. so, xyah welcome kat dia.. hehe..

ShizKassim said...

Daniel, memang nama ko.. takkan nak letak nama penuh kot...atau nama YEM bertukar nama Daniel (Nama glamour kan)....sorry gurau jak

*yellow volks* said...

ko sgt xnk welkemkan aku kan?

makhluk ijau said...

wel.. wel.. blh la.. tpi tunggu thaipusam la.. hehe..

*kalau nama dah kuar.. cepat2 la hubungi ketua anda utk selection seterusnye.. kang xder komitmen.. kene reject laks..

ShizKassim said...

Daniel, nanti turun arrr.. 22 hrbl nie... lama tak jumpa ko..

Aireen Osman said...

allo...yellow volks ko tak kenal an...uishhh ko ni..dia paling glemer...kalau cakap aku rasa satu building dengar

makhluk ijau said...

dia tuko name.. mane la nak tau.. then masa baca.. mls lak nak selidik..

Qaseh Iman said...
This comment has been removed by the author.
Qaseh Iman said...

team jb sure memang...